THE ROAD TO AJL 25 - ANUGERAH JUARA LAGU KE 25

By Mizz Coki - Januari 07, 2011

Anugerah Juara Lagu ke 25 makin menghampiri kemuncaknya yang tinggal cuma 3 hari lagi.  Siapakah juara? :D

1. Selamat Malam - Audi Mok/Faizal Tahir
2. Drama King - Taja/Teja/Meet Uncle Hussein
3. Pelita - Loque/Api
4. Sofea Jane - Iswandy/Sham/Black Mentor
5. Kebahagian Dalam Perpisahan - Edry/Shahir
6. Tolong Ingatkan Aku - Ana Rafali
7. Ku Ada Kamu - Edry/Adira
8. Noktah Cinta - Ajai/Sheikh Qalam/Hafiz
9. Cinta Sempurna - Yuna
10. Hanyut - Audi Mok/Faizal Tahir
11. Ekstravaganza - Sam/Bunkface
12. Mencari Konklusi - Noh/Hujan
13. Jahat - Edry/Stacy
14. Berlari - Sazzy Ishak/Tomok


*****************************************


Tanya kat ai tak guna sebab macam mengong sikit, senarai finalis macam sama aja just like last year punya. Oh, Aizat takde kan?  Well, I'm eyeing on BLACK, for sure.  Tak jadi juara takpe tapi vokal dia memang terbaek dari ladang.

Sejak tahun 2ooo, ai memang tak pernah miss AJL tetapi taklah seTeruja zaman muda muda dulu.  Dulu dulu zaman rock batu, bukan rock kapak ye, memang grand giler AJL ni.  Dulu Juara Lagu aje, sekarang ni dah ditambah perkataan Anugerah tu.  Sampai sekarang ni masih tetap vote dua band ni masa Juara Lagu 89, tak lain tak bukan;  

Wings dengan Taman Rashidah Utama

Search dengan Isabella

Pergghhh.... sapa boleh lupa beb.  Tahun tu Misteri Mimpi Syakila dan Taman Rashidah Utama dua dua menang persembahan terbaik.  Eh, jangan lupa ada Nassier Wahab dan Ramlah Ram lagi!


Takkk. Kak Melah tak pakai baju ni, ni baju tahun 88 yang dia Juara tu.... hehehe.. baju lain ye sebab lagu dia Cintaku Hanyut di Lautan Sepi, amik ko tajuk dia.

Hehehe.. mesti ramai adik adik blogger yang belum lahir time tu, huhu.  Anyway, good luck untuk semua finalis.  Oh ya, terbaca dalam blog sapa tah tadi yang Hafiz kemalangan tapi tak cedera teruk, dia OK je, fuuhh.. nasib.  Kalau tak memang rugi tak beraksi di pentas final nanti.

Wokeh, sekian dulu nak titun dulu, kaki ni dah berdenyut denyut dah.

gutnait!!




*** Mizz Coki ***
Pecah kaca atas simen,
Lepas baca harap komen!

  • Share:

You Might Also Like

3 ulasan