Patutlah sunyi, rupanya Thaipusam hari ni hehe..

By Mizz Coki - Januari 21, 2011

Sunyi?

Fax senyap?

Telefon sangap?

Va va va!!

Sarawak tak cuti, cuma di Semenanjung saja OK?

Happy Thaipusam to my favorite actors Rajnikanth and Ajith Kumar (hensem woo!) & not forgetting to all our Hindu friends.  Hehe.  Sepiking la pulak.  OK.  Nak cerita apa ya?  Alang-alang menyeluk marukku pekasam biar sampai ke pangkal lengan.  Dah tersebut nama hero-hero Tamil kat atas marilah kita bersama-sama bercerita tentang filem Tamil.

OK.  Mizz Coki lebih minat filem Tamil dari Hindustan.  Kenapa?  Kenapa ko tanya??

Filem mereka lebih realistik walaupun kadang-kadang aksi bertumbuk dan bergaduh mereka tak masuk di akal.  Siap dengan bunyik 'dusyum!!' lagi. Aksi berjoget dan berlari-lari di taman bunga tu biasalah, dah adat filem-filem mereka nak buat cemana kan?


Kau berani letak mercun kat leher??  Ada??


Taaak. Ni bukan filem Tamil.  Saja nak tunjuk Farid Kamal Kamil yang hot itu. 

OK.  Filem Tamil tak berangan lebih macam orang kaya naik helikopter turun kerja, pastu diam kat mansion, rumah agam tu walhal tu istana orang putih dulu dulu.  Filem dia jujur.  Kalau orang miskin, memang tahap miskin tegar dikelilingi taik sapi dan budak kecik berhingus. Leleh beb kalau menonton filem Tamil ni.

Mana pakai kereta sport, Ferrari lah, Mercedes lah, BMW lah.  Kalau ada scene Menteri datang ke, ketua gangster ke, mesti pakai kereta ni.


Motorsikal manade Harley Davidson, Honda Goldwing semua tu.  Dia orang pun mesti pakai yang macam ini.


Pastu kan, mesti ada scene tunjuk Sungai Ganges, mandi beramai-ramai kat situ.


Tak sanggup ai, tak sanggup!!


Kalau makan mesti lahap punya, especially part gaul nasi tu yang ai tak tahan, haha.

Kat Kuching mana nak cari DVD Tamil yang best-best iya? Sapa tau angkat tangan?? :P  Memang suka gila dengan filem Tamil.  Kat ASTRO jarang lah derang main filem Tamil.  Hindi sokmo.

Anyway, entri spesel ini sudah tentu ditaja oleh filem Padaiyappa yang famous giler itu.  

“God decides and Arunachalam executes it.”

*sambil buat aksi pusing pusing selendang*




*** Mizz Coki ***
Pecah kaca atas simen,
Lepas baca harap komen!

  • Share:

You Might Also Like

2 ulasan