OH PUAN SRI KITA SANGAT HOT! KO ADA NYAH?

By Mizz Coki - Januari 13, 2011

Hehe.  Masih hot lagi dengan citer kapal terbang Air Asia yang membuat aksi drift di LTAB Kuching.  Syukur tak ada casualty dan kebetulan sepupu Nyung Nyung dan isteri pun ada sama dalam pesawat itu, syukur sebab mereka suami isteri selamat.



Citer hot si cantik manis Fasha Sandha yang berbikini di Bali.  Well, ai takde komen yang membina langsung mengenai gosip nyata fakta bukan auta ini.  Bak kata satu website ni, Bali adalah tempat artis-artis tempatan buat maksiat (bawak boifren dan gelfren vacation) dan berpesta sakan sepuas hati.  Well, ini cerita dari mulut orang orang sini jugak.  Ramai artis-artis kita datang ke Kuching untuk yamseng dan enjoy sepuas hati sebab sini orang tak amik pot macam kat semenanjung sana semua sibuk sibuk.  Mula mula tak percaya tapi terima kasih kepada Facebook, ada kaum kerabat ai yang siap amik gambar lagi dengan artis artis tersebut hehe, takleh cakap, tutup mulut.  Sampai pub kat Bintulu pun ada gak weh!  Hebat!  OK, kalau rajin kalau nasib baik pergilah ke pub Inggeris yang tersohor di Kuching, terletak di sebuah hotel berdekatan Padang Merdeka.  Ai pun terkejut beruk sebab iyelah mulut tempayan ko dapat tutup tapi mulut manusia, nak nak lagi ada bukti kat Facebook.  Perggghhh...

Ini pulak cerita HOT dan semua warga Sarawak dah heboh kecoh bagai.

Sana situ sini dok cerita pasal isteri baru CM Sarawak, Puan Sri Ragad Waleed Alkurdi.  Cantik giler wei.  5 tahun muda dari Mizz Coki, beliau berasal dari Lebanon.  Stok baek punya memang mendapat restu keluarga.  Khabarnya ada bau bau bacang dengan ipar beliau sendiri.

Foto-foto di bawah diambil semasa menghadiri majlis perkahwinan anak Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang.

Mancungnya idung.  Tak lekang dengan senyuman, she's so sweet.

Teringin nak pakai lipstik merah menyala macam Puan Sri tapi takut nanti macam Mak Cik Wok makan sirih la pulak rupa Mizz Coki.  Huhu.

15hb Sabtu ni akan diadakan resepsi pernikahan Pehin Sri dan Puan Sri di Dewan Santapan, DUN di Kuching.  Memang high class betullah taste Pehin Sri Sarawak, mantap!

Perkahwinan beliau sebelum ini adalah dengan Allahyarhamah Puan Sri Laila selama 50 tahun, OKlah kan, beliau kan dah solo lagipun at least ada jugak penyeri dan suri di hati beliau akhirnya.  Tahniah Pehin Sri.

Patah tumbuh hilang berganti, iye dak?

(Foto ehsan dari Facebook pakcik ai)

*** Mizz Coki ***
Pecah kaca atas simen,
Lepas baca harap komen!

  • Share:

You Might Also Like

9 ulasan