HOI HOI YAHOI MANA PERGI SEMUA MANUSIA?

By Mizz Coki - Januari 02, 2011

Ish.

Yohooo! Anybody home?

Ish.

Takde orang weh.

Haa, korang suma tengah bercuti ekkk?   Takpe, takpe besok korang bergelut la pegi ofis, sekolah hehehe.. ai?? Heheh.. dapat lagi cuti tambahan dua hari sebab infeksi kaki ni masih ON giler.  Nasib baik Nyung Nyung ada.  Dialah yang buat dressing kaki ni pastu balut elok elok macam mumia. Yeah. Mumia untut.  Hik hik.

Banyak lagi benda belum settled semenjak kaki ni sakit.  Belum gi beli kain dan tempah baju lagi, beli kasut baru, potong rambut semuanya kena hold on dulu.  Takpelah besok lusa boleh blah, eh? boleh pergi buat semua benda benda tu.

Twitter pun boring.  Boring bukan apa sebab terasa macam Sekadar di Pinggiran la pulak.  Iyelah, sapa suruh ko add semua artis siap dengan Barack Obama pun ko add sekali Mizz Coki oi.  Kawan kawan seperjuangan bila ditanya ada Twitter tak?  Semua tanya ai balik, apa menatang Twitter tu? Adoi.


Dak gendut ni besok nak turun sekolah dah tapi kesian, masih tak boleh adjust time tidur.  Tadi baru je jenguk dia kat bilik tido mata dia terkebil kebil tengok siling walhal jam dah 11:30 malam.

Tadi dah sound Mama dia dah nak mintak up kan elaun seringgit jadi RM5.00. Oh no way, No No kata Papanya.  RM4.00 tetap macam tahun lepas.  Cukuplah untuk membeli sepinggan nasi ayam dan ayam goreng masa rehat.  Air kosong memang sudah satu kemestian.  Dari hari pertama dia sekolah dia tak suka bawa air manis macam Ribena, Milo dan sebagainya.  Haruslah air masak.  Untungnya kat sekolah dia ada penapis air jadi boleh refill lepas rehat.

OK sayang sayang semua, Mizz Coki nak cuci muka dan berus gigi.  Dah mengantuk dah ni.  Esok kita jumpa lagi, tata!!

--------------------------
http://www.emocutez.com  
after you read, pleaseee!!!

  • Share:

You Might Also Like

2 ulasan