HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN DI MALAYSIA

By Mizz Coki - Januari 03, 2011

Hahaha...  Hari ini hari pertama persekolahan di Malaysia, ada yang dah mula semalam jugak kan?

Masih teringat Malaysia Hari Ini pagi tadi lintas langsung dari Sekolah Taman Tun Dr. Ismail (TTDI).  Adoimak.  Lucu giler bila si Nurul Syuhada bagi salam macam tak larat bebudak tu menjawabnya.  Ada sorang budak ni si Syu tanya, dok mana dia boleh jawab, "Rumah kat belakang sekolah ni je haaa...."  Pastu ada sorang budak comel ni, jawab nama dia Ammar.  Bila Syu ajukan soalan pasal cita - cita, dia kata....  (ingatkan standard jawapan budak-budak nak jadi doktor, cikgu, polis etc) dia jawab..

"Nak jadi ustaz".  Alololo comelnya.

Lepas tu ada sorang budak lagi masa nak menjawab tu macam nak ditelannya mikrofon, adoiyai, satu rumah macam nak pecah tengok aksi dan gelagat bebudak ni.  Abby Fana dan Fedtri di studio pun ketawa berdekah-dekah sekali.

Huh. Nasib baik Gabby tak menangis masa hari pertama gi sekolah Tadika dulu.  Ai masih ingat lagi, masa tu lepas pilih tempat duduk, adakah patut dia halau ibu dia keluar? Oh... rupanya dia tak malu sebab dia rasa dia dah 'besar'.  Salute la anak Mama sorang ni.

Masa ai darjah satu dulu, ai memang jenis tak takut.  Dan dengan keberanian itu ai boleh pergi 'pau' budak-budak lain kat sekolah.  Duit tu bukan untuk makan pun.  Cuma untuk beli buih sabun sebotol.  Aktiviti tu pun tak lama, tak berkat makan duit haram, haha.  Ai kena jerkah oleh ibu salah seorang dari 'mangsa' ai haha nasib baik mak tak tau.  Sorry mak, cerita lama di tahun 1985.
Masa tu memang nakal super ligat.  Pernah satu hari tu ai terbongkang tepi parit lepas tersadung.  Petang tu tiba-tiba kena serangan apendiks.  Mendiang ayah cepat-cepat bawa pergi ke klinik.  Doktor bagi ubat sirap tah rasa macam gula gula mint dicairkan.  
Baru 7 bulan merasa masuk darjah satu, kiterang pindah.  Masuk sekolah baru, sekolah kampung aje.  Budak-budak dalam kelas semua takut nak bercakap dengan kita sebab derang ingat kita budak Cina.  Hampeh betul.
Tapi....

Yang buat ai hairan dan pelik, dalam TV, suratkhabar semua KENAPA BUDAK-BUDAK LELAKI YANG RAMAI SEKALI MENJADI CENGENG???  

Pak Mertua ai tak setuju.  

"Derang tak cengeng.  34 tahun bapak jadi cikgu, budak-budak yang paling kuat menangis masa hari pertama persekolahan mereka inilah yang bakal menjadi kacang hantu di sekolah".

Terkedu sekejap mendengarkan jawapan beliau.

So, jangan bimbang kalau anak anda menangis di sekolah.  

Besok-besok tumbuhlah ekor derang, huhu.



--------------------------
http://www.emocutez.com  
after you read, pleaseee!!!

  • Share:

You Might Also Like

2 ulasan