Fakta-Fakta Facebook di Pagi Sabtu

By Mizz Coki - Januari 22, 2011

Semua orang dok cerita yang FB bakal ditutup tidak lama lagi.



Bagi ai pulak, sejak cerita ini keluar, FB dah tak meriah macam dulu lagi.  Tak taulah kalau FB korang pun dah makin pudar, suram dan sunyi.  Kalau dulu, hari Jumaatlah yang paling gempak sebab masa rehat tengah hari yang panjang serta keEXCITEDan nak cuti hari Sabtu.  T.G.I.F fever lah sangat kan?  Jadi ai cuba menceriakan Profile dengan membuat dan mencari fakta-fakta selama ai berFACEBOOK ni.  So, jom kita mulakan dengan yang pertama.

1.  Pengguna FB lebih banyak mengCLICK 'LIKE' daripada memberi 'COMMENT' di Facebook
2.  Kebanyakan pasangan/couple yang mempunyai akaun FB tahu password pasangan masing-masing dan selalu menyamar menjadi pasangan masing-masing juga.  Selalu jugak pasangan yang nakal kantoi kat sini. (Penipuan bermain games di Facebook juga senang dilakukan.  Sebab masing-masing boleh hantar token/gift untuk menaikkan level dalam games)
3. 70% PROFILE PIC di FB diambil di PEJABAT/KANTOR/OFFICE kerana muat turun senang dilakukan memandangkan internet di pejabat adalah PERCUMA.
4. Profile Picture yang paling HOT adalah gambar diri sendiri yang menggunakan aplikasi SKETCH
5. Kebanyakan SPAMMERS di Facebook adalah wakil PINJAMAN KOPERASI dan MLM. Ini tidak termasuk penjual KOYOK DETOX PATCH, TUDUNG SHAWL, SLIMDIET II, ALPHA LIPID DAN KOPI JANDA.
6.  Perempuan kategori Plus size, berkulit gebu - akan selalu diGANGGU oleh 'ABANG HITAM' ataupun 'ORANG MINYAK' yang suka menggunakan ayat seperti : "OH I COME ACROSS UR PROFILE AND ASTONISHED BY YOUR BEAUTY. FORGIVE MY EYES FOR ADMIRING U" p*kimakjahanamcelakakelabuasap punya stail MENGAYAT. FAIL.
7.  Jika anda mendapat FRIEND REQUEST dari mana-mana lelaki yang tidak dikenali, periksa FRIEND LIST orang tersebut. Percayalah, 95% daripada senarai itu adalah WANITA. Then he's a PLAYBOY. Ignore.
8.  Jangan ADD orang yang tidak dikenali lebih lebih lagi yang menggunakan muka artis yang hensem/cantik dan kemudian cuma mempunyai SATU sahaja PROFILE PICTURE.
9. Kebanyakan pengguna FB bertemu/berjejak kasih dengan saudara-mara yang berpuluh tahun tak jumpa di Facebook.
10.  Ramai pengguna Facebook nampak sangat terlampau MESRA di Facebook tetapi bila jumpa kat luar tiba-tiba buat DERK kat kita.

Percayalah, sesungguhnya korang mesti setuju dan gelak-gelak depan PC/Laptop dan terus bukak Facebook lepas ini.  Percayalah, masa Mizz Coki buat entri ni belum mandi dan gosok gigi lagi, hawau! 

HaHaHaHa!!!





*** Mizz Coki ***
Pecah kaca atas simen,
Lepas baca harap komen!

  • Share:

You Might Also Like

9 ulasan