DUIT SAKU BUDAK SEKOLAH SEKARANG

By Mizz Coki - Januari 04, 2011

Sana sini orang cerita harga barang naiklah, petrol naiklah, gula kena sembunyilah.  Ye, memang petrol naik harga tapi Petrol RON97 lepas tu minyak tanah atau orang Sarawak kata, 'MINYAK GAS'.  Nasib baik zaman sekarang orang dah guna dapur gas dan ada yang guna dapur elektrik.  Teringat zaman dulu guna dapur minyak tanah yang berwarna hijau itu.  Kalau sekarang ditakdirkan masih guna dapur tu mau patah riuk tulang belakang pergi mengangkat kayu api macam cerita anak tiri tu.  Teringat dulu-dulu suka ajuk dialog, "Lepas makan jangan lupa cari kayu!"  Zaman sekarang lepas makan mana ada cari kayu api? Kayu pencungkil gigi adelah.

Tapi tak ada lagi kan cerita pasal belanja atau duit saku anak-anak yang naik juga.  

Dulu masa sekolah, zaman 80-an, zaman Sabah Film Production masih gah, zaman Adam Ahmad, Ibnor Reza, Dayangku Intan masih popular, belanja sekolah paling besar pun 40 sen!  Itu sudah dikira mewah.  


Dulu, mak ai kasi 20 sen je.  10 sen untuk beli nasi bungkus dan 10 sen lagi untuk beli aiskrim Malaysia.  Tau ape tu aiskrim Malaysia?


Aiskrim Malaysia.  Ai suka perisa Bandung dan Oren.  Huhu

Sekarang ni duit saku/belanja sekolah dah berlipat lipat kali ganda.  Si Gabby memang standard bawa RM4.00.  Kalau ada tuisyen atau Ko-kurikulum kat sekolah, akan ditambah menjadi RM8.00.  Bekal??  Dia tak suka bawa bekal.  Kali terakhir seingat ai lah kan, dia bawa bekal sampai pertengahan tahun Darjah 2.  Gabby ni jenis breakfast berat macam Mama nya.  Kalau setakat roti sekeping dua ataupun Koko Crunch tu tak pandang.  Dia jenis makan nasi dan telur goreng awal pagi.  Lepas tu mesti pekena segelas susu.  Bekal air pun air kosong saja.  Itu memang permintaan dia.

Kenapa RM4.00??  RM2.00 untuk beli sepinggan Nasi Ayam kegemaran dia.  Baki RM2.00 lagi untuk membeli seketul ayam goreng (ayam lagi!) ataupun kuih-muih dan kadang-kadang dia teringin minum minuman kotak.  Selera orang dewasa sungguh.  Kalau keropok atau gula-gula Gabby tidak berapa gemar, cuma dijamah sedikit-sedikit lepas tu dibiarkannya plastik keropok di atas meja sampai kena hurung semut. Dak gendut ni memang tak ada masalah makan.  

Mak dan Pak Mertua pun ada sound kiterang pasal belanja /duit saku dia yang agak over.  Tapi itulah, cuma dia seorang saja anak Mama dan Papa, sapa lagi yang kami nak manjakan?

Untung anak-anak zaman sekarang.  Dulu, kalau nak minta 'UP' kan sikit belanja sekolah mesti reaksi parents macam kat bawah;




Engkau nak????


*** Mizz Coki ***
Pecah kaca atas simen,
Lepas baca harap komen!

  • Share:

You Might Also Like

6 ulasan