DINGIN NYA DI MALAM INI SUASANA PILU

By Mizz Coki - Januari 14, 2011

.... Terkenang daku kembali sejarah silaaaam.... jeng jeng jeng..*efek gitar*

Siot je nyanyi lagu May, sorry abang Mus hehe.

Wah, waktu tengah menaip ni kan, hujan renyai renyai jadi makin lebat.  Takde sapa sapa menyanyi.  Memang dari tiga hari lepas lebat.  Janganlah banjir kat sini hendaknya.  Minggu depan tiga hari berturut turut air pasang besar, dah tengok almanac pagi tadi.  Sepanjang hidup ai, cuma masa darjah 1 dulu pernah terlibat, eh, ada ke perkataan terlibat, ok menghadapi pengalaman banjir.  Seronok wooo.  Bukan sebab boleh mandi parit tapi sebab tak turun sekolah, cuti darurat.

Tak.  Kita bukan cakap pasal HUJAN ni.

Masa hujan ni lah best.  Best sebab ruam kat belakang badan berkurangan, tak berpeluh, keluar pun macam best je jalan jalan dalam cuaca sejuk, macam kat oversea.  Cuaca mendung aje pun dah OK for me.  Gedik nyer statement.  Demand sangat.  Hehe.  

Ni dah tahap suka gila main hujan ni.  Ish.

Budak-budaklah paling seronok kalau hujan lebat dan banjir, kira bonus dua dalam satu tu.  Teringat Buletin Utama dua malam yang lalu tunjuk satu scene kat sekolah mana tah budak budak berenang kat kompaun sekolah.  Ai tak kisah kalau air tu ada ular ke katak ke kat dalam tu, tapi bayangkan air paras pinggang.  Lepas tu confirm air dari toilet sekolah pun ikut sekali hanyut dan budak budak tu pulak siok giler menyelam air eeeeiiiii... goli tokak den taw.


Tapi, yang paling tak best cuaca sejuk macam sekarang, perut cepat lapar.  Cabaran perut dan minda sekaligus tu tau.  Asal balik kerja je mesti nak menyinggah, konon konon nak minum Milo panas lah, kopi panaslah, alih alih semangkuk mi masuk dalam perut.  Di luar kawalan minda dan tahap sedar.  Huhu.  Tak boleh ikutkan sangat perut nih.  

"Kalu takut gemok, makanlah sayur sayuran macam ai.." - Mizz Renguten

Sebut pasal makan kan, tiba tiba je teringin nak makan bubur ayam panas panas.

Fuish.  Takleh jadi macam ni.

Terlajak perahu boleh digostan,Terlajak makan berat badan jadi beban.
*sambil angkat tangan kanan berulangkali macam Karam Singh Walia*





*** Mizz Coki ***
Pecah kaca atas simen,
Lepas baca harap komen!

  • Share:

You Might Also Like

4 ulasan