Ai Rasa Ai Dah Kena Tipu Dengan WWW.SLIMDIET2.NET !! Hanjeng!

By Mizz Coki - Januari 25, 2011

Hari ni dah masuk 16 hari dah punya lamanya ai menunggu stok SlimDietII yang tak sampai sampai lagi.  Janjinya seminggu.  Duit dah pun bank-in pada 9 Januari.  Bila ai call nombor henpon yang tertera di website SlimDiet2 dot net, takde respon.  Asyik-asyik, "Nombor yang anda dail tadi bla bla bla bla....".  Pffftt..

Alkisah bermula bila Mizz Coki bukak Berita Harian Online then I came across this ads lah.  Perrgghhh website No. 1 katanya.


(Gambar:  Kannn? Nombor 1 katanya, Nombor 1 Tipu!)

Ai cuba kontek tak dapat dapat.

Hantar email tak dapat dapat jugak walhal waktu dah buat pembayaran dengan cepat dan tangkas mereka reply; bila tiba waktu dijanjikan, terus senyap membisu.


Well guys, what should I do now?  Ai dah hantar emel informing them that I'll be taking legal action if sampai Jumaat ni barang ai tak sampai-sampai lagi.  RM490 is a BIG DEAL and amount for a govt. staff like me.  Lainla kalau laki ai jutawan ke hapa ke.

... atau still bagi derang peluang untuk menjawab dan menjelaskan keadaan sebenar tapi sampai bila??

Apa saranan dan cadangan korang?

Ai tau lepas ni mesti ramai pegi marah/kutok kat ai buat apa nak beli benda ni.  Ai rasa komentar paling bodoh ai nak buat ialah ai tak periksa online dulu.  Rupa-rupanya kat Kuching dah ada pengedar dah, adoiiii!!

Menyesal tak periksa dulu!!!!!!!




*** Mizz Coki ***
Pecah kaca atas simen,
Lepas baca harap komen!

  • Share:

You Might Also Like

4 ulasan