1.1.11

By Mizz Coki - Januari 01, 2011

Satu haribulan satu dua ribu sebelas.  satu satu satu satu.  Tak beli nombor ke kaki kaki ekor semua? Uuupss?

Pagi ni bangun agak awal, seawal empat pagi tapi sambung tido balik.  Awalnye... sebab LAPAR.  Ekekekeke.... sabar jelah nak memerut aje sejak cuti ni, parahlah plan diet.  Pukul lapan baru sedar dunia dah cerah dah, tapi hujan renyai renyai buat rasa nak tarik selimut balik. Heppp... ko jangan monyet.  Perut ko kosong mintak diisi, ubat kena makan jugak.

Lepas mandi pergi breakfast ngan Nyung Nyung sempat tapaukan tiga bungkus bubur nasi untuk rakyat jelata di rumah.  Lepas tu beli bandage dan antiseptik Dettol.  Balik rumah singgahkan bubur nasi tu dulu kemudian sambung lagi nak menyergah One Jaya, dah lama dah nak pergi tapi tak pernah sempat.  Warga Kuching mungkin ramai dah tahu tempat ni kat Jalan Song.

Adoimak memang boring gila babeng pergi mall yang satu ini.  Dari ground floor sampai tingkat tiga semuanya tak lain tak bukan kedai baju, kedai accessories, salun rambut, naik tingkat satu lagi pun macam tu la jugak.  Bukannya rabun dan rambang lagi masuk kedai ni.  Nak muntah pun ado gak.  Semua pesen Korea, pesen Cina.  Tak caya? kasut kasut stylo yang dipamerkan semua berjenama Xiang Fen, Guan Wei tah apa apa tah.  Borong lima enam ringgit, jual sampai beratus macamlah pembeli bodoh.  Tak termasuk lagi di Tabuan Jaya tah apa nama tempat baru tu.  Beg branded pelesu pun leh cecah dua ratus ringgit.  Ingatkan bumiputera semua bodoh ke apa.  Beg Gucci ai yang beli online pun lebih bagus kualiti nya tu pun baru sembilan puluh hengget.  Apa?? Pecah lobang? Lobang idong kaulah.... mana aci gi ofis pakai beg dua tiga ribu tapi baju seratus pun tak sampai.  Beg pakai hari hari.  Pandai pandailah cover line.  Berita terkini yang ai dengar banyak kedai kedai beg imitation ni mula  mula bukan main gah tumbuh lepas tu buat stock clearance pastu tutup.

Masa tahun baru inilah semua tempat sale sana sini sinun.   Pandai pandailah korang jaga kegemukan wallet korang.  Ai dah kena warning dah, cuma beli apa yang perlu saja.  Mintak maaf.  Sangat susah untuk melihat ai membelli beg di sini sebab beli online lagi murah serta berbaloi.  Tak susah, email, pastu bank in guna Maybank2U pastu esok lusa pasti abang Pos Laju hon kat luar gate.

Dinner malam ni kat Tarot Cafe.  Adoi.  Makan tak hengat dunia.  Lapar sebab kerja berat petang tadi, kemaskan bilik tido.  Banyak giler barang-barang tak berguna kami buang eh? Kami dermakan untuk orang-orang yang menunggu kat tempat kitar semula.  Derang ni pandai, mana mana baju seluar masih elok derang cuci bersih bersih pastu buat bundle.  Jual semula.  Ish..ish.. ish.. ini macam orang pun ada dalam dunia ni.

Sebut pasal kitar semula kan, Body Shop dah tak bagi plastik dah, pandai pandai lah korang simpan lam henbeg.  Nasib baik aritu, kiterang spend lebih dari dua ratus ringgit di Guardian sebab dapat beg shopping percuma.  Boleh lipat pulak tu.  So next time, kalau nak pergi shopping bawak je beg yang bila dah dilipat jadi kecik daripada tapak tangan.  Material dia macam payung kita tu pastu cantik je dalam corak batik.  Ai laiiikkkkk!!!  Negeri Terengganu dah mula dah kempen ”Kurangkan Penggunaan Beg Plastik” mereka. So, negeri negeri lain bila lagi nak mula?  

Cakap pasal pakai buang kitar semula ni, dah ada modus operandi terkini pulak nak BUANG BAYI.


Cian baby comel ini.  Dia nak Mizz Coki dukung dia sebab 'dunlop' Mizz Coki tebal!!

HAHA!!


--------------------------
http://www.emocutez.com  
after you read, pleaseee!!!

  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan