TERSEMBAM ATAS MEJA LAGI!

By Mizz Coki - Disember 07, 2010

Nasib baik idong penyek ai yang tak betulang macam sotong tak PATAH!!

Ini bukan kali pertama, dah beberapa kali dah ai tersembam atas meja waktu tengah main internet. Bukan pengsan, tapi DEGIL sebab tahan mata yang MENGANTUK! Dah berkali-kali laki ai suruh tido, kalau penat, mengantuk, pegi tido jangan dilayan sangat internet ni. Kalu tak internet ai layan menjahit kain-kain felt kat atas meja, buat key chain lah, buat HP pouch lah. Amboi promosi nampakkk?? Nak promosi lebih dan over? Masuklah tengok hasil kraf ai kat SINI.

Jangan hairan ye tuan tuan dan puan puan, ai ni jenis yang tahan online sampai jam 4 pagi walhal mata memang dah bengkak. Tu yang tersengguk-sengguk last-last tersembam atas meja. Kes teruk pertama berlaku lebih setahun yang lalu. Atas bibir ai berdarah. Tapi best jugak sebab tahi lalat atas bibir yang ai SANGAT benci benci benci benci (whoaa banyaknya BENCI!) itu akhirnya hilang, yayyyy!!!

Malam tadi hmmm... nyaris batang hidung ai patah. Oh ya, ai benci ngan tahi lalat kat hidung ai ni, hodoh sungguh. Matilah kena touch up dulu gambar diri sendiri sebelum publish kan?? Haha. Harap sangat kulit hidung terkoyak ke hapa ke kan, so tahi lalat tu hilang.

Yang lain pulak jadi. Atas tahi lalat tu ada tanda macam garisan melintang. Makin hodoh rasanya.

Huhu. Efek sisi meja. Tajam.

Adik-adik, jangan buat aksi ini di rumah ya?

bai.




  • Share:

You Might Also Like

2 ulasan