SUARA SERAK PARAU GAGAK PONDAN NAN SEXY

By Mizz Coki - Disember 11, 2010

Deeeyy!

Dah masuk 4 minggu kerja kat tempat baru, suara ai tetap lah gegehnya memaraukan diri sendiri.  Ciss.. nak kontrol ayu dan seksi pun tak boleh.  Jahat ko tonsil.  Eh, bukan sebab tonsilitis ke?  Benci ai.  Masa memperkenalkan diri kat mesyuarat ingatkan suara Lisa Surihani ke, suara Diana Danielle ke yang keluar, alih-alih suara Rosnah Mat Aris jugekkkkkkkkkkkkkkk yang tersembur.  Mak malu.


(Suara ai seksi tawwww... pepandai je letak kat entry nie, propah la tu!)


Tadi dalam perjalanan balik dari umah Mak, Nyung Nyung sempat berkongsi rahsia zaman rock kapak dulu macam mana nak dapatkan suara macam Ramli Sarip.  Telan garam kasar, katanya.  Apa??? Apesal tak telan air tembakau sekali bang oiiiiiiiii..... Jangankan tonsil, urat tekak pun boleh jadi besar batang pinang kaedahnya.  Haha.

Anyway, ai memang frust dengan tekak ai ni.  Ada penawar ke?  Tradisional lah beb, boring dah telan telan menatang alah antibiotik ni.  Tak mesra alam langsung.

Dah dah.  Tidur harus cukup kan, minum air putih banyak-banyak kan?

Tapi..... tapi... cakap tarak serupa bikin.

Baibai.  *buat buat ngantuk

  • Share:

You Might Also Like

6 ulasan