SEPURNAMA KU DI SENTOSA

By Mizz Coki - Disember 15, 2010

Wowzesss.... klasik khennn tajok dia?

Entri ini ditaip pada pukul lima pagi.  Tataw kenapa tahun ni, semua idea blogging datang waktu dinihari atau awal pagi.  Waktu tengah hari atau malam tanak pulak keluar idea ni.  Penat je peras dan perah otak.  Dungu kut?  

Anyway, Happy Monthsary to me ya!!  Genap sebulan berkhidmat untuk Hospital Sentosa.  Macam-macam benda dah ai alami kat sini.  Eeeii, memang seriau mula-mula mengenangkan yang kita bekerja kat tingkat atas dan di bawah pulak pesakit  mental berkeliaran, ngeri kan? Ngeri takkk? Ngeeeee......
Minggu pertama.  Hari Isnin tu sudah, ai kena amik minit mesyuarat Validasi.  Keesokan harinya, minit Mesyuarat Pagi.  Di sini, ai kena amik minit setiap bulan sebanyak 5 kali untuk 3 mesyuarat.  Best kan? :p  Kat tempat lama dulu ai cuma duk meeting 2x setahun.
Ai datang ke sini bukan dengan dada kosong.  Ai datang dengan satu keazaman dan harapan.  Nak KURUS.  Haha.  Bongok kan bunyinya.  Takde kaitan langsung dengan kerjaya.  Tapi sebenarnya sangat berkaitan kerana untuk ke bilik mesyuarat ai kena berjalan kaki, turun tangga, belok kanan dan kiri, turun tangga lagi baru sampai ke bilik mesyuarat dengan semputnya.  Lepas mesyuarat naik tangga balik.  Adoiyai.  Ai cuba tukar pattern waktu dan menu makanan.  Hasilnya, ai belum timbang lagi tapi skirt ai dah terlondeh (sungguh! sambil berjalan sambil tarik tarik skirt hahaha..) dan ada 2-3 helai baju lama ai dah muat balik.  
Minggu pertama, ai masih mencari-cari rentak.  Ai boleh menangis kat bilik tidur sambil Nyung Nyung pujuk-pujuk (manja dan gedik mode lah tu).  Bukan sebab terkejut kerja banyak tapi ai kena kejutan budaya.  Kerja ai di sini sibuk kerana mesyuarat saja.  Boleh pulak dalam hati terdetik ai rasa macam kuli mesyuarat sajork kaedahnya.  Percaya tak, dulu kat HQ semua kerja ai kena buat sampai masa meeting kena booking bilik dan caterer, kat sini ada orang yang buat ai cuma angkat telefon dan panggil saja.  Booking flight pun.  Kat sini boss sendiri yang isi borang ai cuma tinggal calling calling dengan travel agent dan siap.  Wow.  The best part pulak, percaya tak korang semua, paling banyak telefon kat atas meja berbunyi adalah secara purata cuma 2x sehari, diulangi dua kali saja sehari.  Sekarang, ai dah dapat rentak dia.  Ai dah boleh 'menari' ikut rentak kat sini.  Bayangkan, lepas habis mesyuarat ai buat minit dia cepat-cepat, pastu bila dah siap ai betul-betul FREE giler babas.  Itu yang bukan nak menyombong ye adik adik, ai dah bosan asik asik bukak Twitter, Facebook, blog, YouTube pastu last-last layan movie yang di download kat rumah dan MP3 sambil baca majalah, touch up make up, pergi pantry minum minum, turun bawah beli jajan sebab di bawah ofis ai ada KEDAI SIHAT!!!  Yesssss.... 
Dapat bilik sendiri, besar pulak tu.  Suasana kerja yang amatlah harmonis dah macam dok kat rumahlah pulak.  Bercakap tentang harmonis kan, ai memang dah 2-3 kali kena kacau dengan pesakit kat sini.  Lucu bila dikenangkan balik tapi kalau boleh janganlah berlaku lagi.  
Masa pergi kat Kedai Sihat tu, ai tengah bayar keropok tiba-tiba datanglah seorang pesakit lelaki dah tua dah, ai rasa macam 60 tahun gitu, datang berdiri sebelah ai dan bercakap dalam bahasa Hokkien betul-betul dekat muka ai.  Haha!  Ai dah biasa dah orang cakap Cina sebab rupa ai pun sebijik sejibun macam Cina.  Ai rasa dia mintak duitlah nok.  Ai berlakon lah yang ai ni cool dan senyum balik kat dia.  Tapi lepas tu pecut naik tangga!  Amik kau.  Haha.
Kisah kedua pulak, masa nak turun dari kereta, ada sorang pesakit ni datang nak bukak pintu kereta!  Maaaakkkkkkk!!!  Nyung Nyung dengan pantasnya terus lock kan pintu kereta, ai dah separuh menangis dah hahahahaha.... Bila dia beredar baru ai keluar dari kereta dan lari pecut naik tangga!  (Oh ya, Nyung Nyung pun pernah kena sekali, pesakit ketuk cermin hulur tangan mintak $$$.  Perkara biasa, cuma jangan biasakan mereka). Hahahaahaha......
Ini pulak kisah hari Isnin lepas.  Seorang pesakit masuk bilik ai nak mohon kerja jadi atendan hospital.  Muka serius garang, pastu diulang2nya dialog tu sampai 2-3 kali.  Tangan ai dah merayap dah antara nak capai gunting (ganazzz!) dan gagang telefon nak suruh sekuriti naik atas, haha. Rupa-rupanya dia ni almost tiap bulan kacau orang sebab tu 'bulan' dia naik syeikh.  Haha! 

OKlah.  Nak turun bawah, nak buat telo setengah masak la pulak.  Hik hik.

Anyway, lepas ni akan ada banyak lah petualangan (cisss.. petualangan la pulak) yang akan ai hadapi sebagai seorang seksiteri di hospital mental ini.  Sampai jumpa di lain entri, ai nak pesan sikit.  Jangan buat stigma mengenai pesakit mental ni.  Mereka macam kita juga, sama makan nasi tapi dia makan ubat lain nok.  Haha..



Bai. Telo memanggil.





  • Share:

You Might Also Like

5 ulasan