MARI MASAK TELO DADAR BERSAMA CIK GABBY - BUKAN ENTRI MAMA SAYA OK?

By Mizz Coki - Disember 21, 2010

Nama saya Gabby.  Eh, Gabriella Conchita, tu nama dalam I/C.  Tapi maaf ye saya belum ada MyKid, MyKad, Mykod dan lain-lain.  Tunggu besok besok bila dekat UPSR baru Papa saya ada inisiatif nak hantar saya ke Jabatan Pendaftaran yang tak sampai lima minit pun driving dari rumah.  Best kan Papa dan Mama saya?? :p

Hari cuti sekolah saya suka main internet sampai makan pun saya lupa tapi tak mengape.  Papa dan Mama saya balik waktu petang jadi saya pura-pura jadi budak baik, tutup komputer dan pura-pura tengok TV, cuci pinggan, main konda kondi, eh, apetu? Pura-pura bagi ikan Kaloi Papa makan dan sebagainya.

Sebagai tanda penghargaan betapa sportingnya Papa dan Mama saya ittew maka saya berhajat untuk menunjukkan kebolehan yang saya warisi dari Mama, eh sebenarnya dari arwah datuk saya, datuk saya dulu pandai masak, dialah yang ajar Mama saya, jadi Mama saya tak boleh terhegeh-hegeh merampas title kejuaraan datuk saya itu.  I lebiu 'Aki'!!


Lihatlah dunia!  Saya masih budak hingusan lagi tetapi telah berjaya membuat telur dadar ataupun mat salleh panggil omellette dengan jayanya.  Baju saya memang saya sengaja londehkan kerana saya mahu nampak sexy macam Nigella Lawson.


Nah.  Inilah telo-dada Gabby.  Haha.  Senang je memasaknya.  Mama kata tinggi saya sudah mencapai lima kaki satu inci, lebih tinggi dari Mak Su dan Nenek dan hampir sama tinggi dengan Mama saya yang katik itu (sshh..jangan bagitau Mama nanti dia kecik hati dan makan dengan lahapnya, kesian Mama nanti diet dia hancur, kononnya). HeHe.  Ketinggian saya itulah menjadi lesen yang membolehkan saya memasak.  Macam dapat lesen L, lepas tu lesen P, lepas tu, lepas tu....



Hah! Lepas tu saya ambil sebotol kicap Tong Nam cap pokok klapak kelapa saya cuss cuss cuss!  Nasi putih tu nasi sejuk sebenarnya.  Nasi waktu lunch.  Saya lapar kerana tidak makan tengah hari.  Saya terlalu leka dengan Facebook dan main online games Barbie.  Nom nom nom!

Ini close up telo dada saya, eh? Telur Dadar saya.


Papa dan Mama puji but lots of rooms for improvement in future.  Oh ya, resepi dia senang saja, main campak-campak aje. Bukan demam campak yang bintik-bintik tu.  Telur barang dua tiga biji dipukul bersama dengan serbuk lada sulah dan sedikit garam.  Panaskan kuali, letak sedikit minyak dan CAMPAKKAN TELO YANG SUDAH DIPUKUL.

Kesian telo telo tu kan? Lepas kena pukul, dicampak lagi dalam kuali.

Ish.. ish.. ish...

Ish..ish..ish..

:D Ngeeee!


--------------------------------------
http://www.emocutez.com Komen pleaseee!!!

  • Share:

You Might Also Like

6 ulasan