KRISMAS PALING TERUK DALAM SEJARAH HIDUP AI

By Mizz Coki - Disember 27, 2010

32 tahun ai hidup, tak pernah jatuh sakit teruk high fever muntah nak pengsan masa musim perayaan. Mula-mula pagi Krismas tu OK OK jerk. Sampai rumah mak, buat apa yang patut layan tetamu semua. Lepas tu bila hujan reda, Mak, Nyung Nyung dan ai pegi melawat kubur ayah. Lepas letak bunga dalam pasu tiba-tiba hujan turun. Habislah kau Mizz Coki. Dahlah hari sebelumnya berhujan jugak masa pergi kedai borong minuman.

Lepas makcik ai sekeluarga balik, ai nak tolong kemas gelas atas meja tiba-tiba macam ada angin masuk meniup badan terus kepala ai pusing dan ai baring terus atas sofa. Masa tu jugak menggigil terketar-ketar. Makin lama makin teruk. Kesian pulak kat Nyung Nyung berhempas pulas menolong mak dan adik layan tetamu. Sepatutnya tu kerja ai.

Menjelang malam muka ai dah pucat, dah bepeluh sejuk dah. Uncle ai suruh pergi hospital takut kena serangan jantung. Jantung kepala hotak. Tapi ai memang dah kena warning teruk oleh Nyung Nyung dan mak mertua. Mereka masih ingat insiden lama, mereka kata ai lemah semangat.

Beberapa tahun dulu, ai pernah pergi melawat ibu saudara Nyung Nyung yang tengah nazak sebab kanser. Baru lima minit kami sampai dia terus meninggal. Ai memang betul-betul berdiri kat depan katil dia. Tengok misi dan atendan bersihkan dia. Ai ikut anak dia mengiringi dia sampai ke rumah mayat. Masa tu ai memang OK. Lepas semua dah settled kiterang baliklah ke rumah. The moment ai bukak kasut, ai terus terjelepok atas sofa, lembik longlai macam sekarang, badan ai tiba-tiba panas.

Kaki ai belah kiri teruk macam terbakar. Nyung Nyung terjumpa duri dan masa dia cabut tu memang ai terpekik terlolong menahan sakit. Salah ai jugak pergi kubur pakai skirt orang pakai seluar panjang. Lepas duri tu kena cabut baru rasa lega sikit. Sapa sapa tengok kaki ai memang seriau. Warna kemerah-merahan, kembang dan panas, walhal kaki kanan OK.

Lain kali kalau nak pergi kubur memang Nyung Nyung akan pastikan yang ramai ramai dalam 6-7 orang yang pergi, haritu cuma kita bertiga aje. Mak Mertua pun cakap benda yang sama yang ai sebenarnya lemah semangat.

Oh ya, Gabby memang excited giler dapat hadiah henpon dia. Siap show off kat kazen kazen lain.

Jeleslah bila dengar pekikan ahli keluarga kat bawah menontong match antara M'sia dan Indonesia merebut Piala Suzuki AFF. Tahniah Malaysia, sesungguhnya pasukan rimau muda memang mantap abis.


OK. Perut dah lapar tapi tak selera, ada cadangan lain?

--------------------------
http://www.emocutez.com
after you read, pleaseee!!!

  • Share:

You Might Also Like

4 ulasan