HO HO HO MERRY CHRISTMAS!

By Mizz Coki - Disember 25, 2010

HO HO HO!

Masa buat entri ni dah lepas tengah malam.  Baru je balik dari rumah mak tolong kat dapur jadi Sous Chef. Huhu.  Masih belum nak mandi lagi, badan dah berbau bawang putih + bawang merah + halia + lengkuas.  Takde bau masham OK? :p

Balik rumah terus jenguk bilik tidur Gabby.  Kesian anak Mama.  Adakah patut diletaknya segelas Milo kosong dan beberapa keping biskut kering dalam piring konon konon untuk Santa Claus?  Hahaahahaha.. adoimak lawaknye anak dara badan godang ni.  Badan macam remaja empat belas tahun tapi otak macam budak Tadika.  Takpelah, anak Mama nan sorang dan kesayangan satu famili ni lah racun dan penawar.

OK.  Dia ada buat list untuk hadiah.  Salah satunya ialah handphone.  Barbie doll tu tak payah sebut memang dalam senarai teratas.  Dia ni bukan nya nak main betul pun.  Dia ni collector.  Dia pernah bagitau ai yang dia nak simpan Barbie ni sampai jadi tahap antik atau vintage.  Lepas tu bila jual boleh dapat harga tinggi.  WAH! OTAK BISNES sungguh anak dara ai sorang ni. Tah mana dia belajar ai pun tatau. Harus dari bapak dia ni.

Bila dia dah tidur, kiterang pun mulalah bungkus kan hadiah dia.


Inilah hadiah dia.  Mama dan Papa belikan henpon i-Mobile.  Sokonglah produk tempatan dan berbaloi untuk bajet kami berdua.  Haha.


Ini pulak beg pencil warna Pink.  Gabby ni pencinta Pink, Pencinta Merah takleh amik title tu, tu RedMummy yang punya.

Well, the plan goes like this.  Kita akan letakkan henpon tu dalam beg pensel ni.  Haha. Nak tengok reaksi dia bila terima hadiah yang OMG, Pencil Bag???  Haha.  Pasti haru biru.  Tapi tak tengok lagi isi nya kan?  Mesti dia meraung raung histeria kegembiraan yang tak terkata bila bangun tidur nanti.

Eh?  Malam tadi tak berkesempatan sangat menonton ANUGERAH SKRIN 2010 malam tadi.  Masa tengah blend bawang dan halia, kedengaran suara Adibah Noor, Noryn Aziz dan Jac Victor terpekik pekik tapi pekik sedap kau!  Yes, sempat tengok opening jerk tu pun curi curi.  Lepas tu skodeng tengok Mizz Nina dan Noh adusss couple yang cun sangat sangat.  *Jeles* Pfftt..

Satu lagi, foto Lisa Surihani yang cantik dan comel bila dia cakap cepat-cepat macam bertih jagung dan si Mia Sara adik comel yang tak pernah jemu mata kita memandangnya.

Gambar cilok dari MIMPI SI BUNGA.  Mimpi hapa? Tatawww, HaHa.

Impian bila Mizz Coki dan Mizz Gabby dah kurus haruslah mak dan anak gojes begini khenn??  Lepas tu isi borang ikut pertandingan Mak dan Anak serupa waktu Mother's Day. Wow!  Imajinasi hik hik.

OK.  Entri spesel Hari Krismas akan bersambung nanti.  Perut ni tiba-tiba je rasa lapar.

Adoi... dah pukul 2 pagi rupanya.

Dah dah!  Gi tido sana!




--------------------------
http://www.emocutez.com  
after you read, pleaseee!!!

  • Share:

You Might Also Like

1 ulasan