3 HARI SEBELUM KRISMAS

By Mizz Coki - Disember 22, 2010

Langsung tak terasa nak sambut Krismas.

Dah dua kali Krismas, dia tak ada.  Kalau ada alangkah best nya dapat missed call bila kita call balik dia dengan sombong dan bongkaknya (sebab dia terer masak!)  mengatakan Daging Masak Hitam dan Kari Kambing sudah masak dalam periuk.  Tunggu sate yang dia tempah dari hotel nak sampai.

Mesti dia tanya bila ai nak datang bawak family belah mertua.  Nanti boleh makan ramai-ramai kat sini.  Bila kami sampai dia kecoh.  Macam budak kecik.  Lepas tu habislah dia buli sapa-sapalah yang dia rasa nak buli.

Tapi, sekarang semua tu dah tak ada.  Dah setahun dia pergi, dah dua kali dah Krismas tanpa dia.  Rindu di hati ini Tuhan saja yang tahu.  

Kita panggil dia 'Apai', Ayah dalam bahasa Iban.

Malam tadi, balik kerja ai terbongkang atas kerusi rehat di bilik tidur.  


Tiba-tiba......... *masuk alam mimpi*

Di rumah lama kami (sekarang rumah tu dah tak ada, dah dirobohkan).  Mak, Ayah, Nyung Nyung, Gabby dan adik-adik sibuk membuat persiapan untuk Krismas.  Yang buat ai sedih sangat, mimpi ai terhenti saat ai bergurau senda dengan Mak, membersihkan bilik tidur lama Mak dan Apai di tingkat atas.  Bilik tu dipenuhi daun daun pokok.  Kiterang sapu bilik tu tak rasa penat pun sambil borak dan gelak.

Bila terbangun, tiba-tiba hati rasa sayu sangat-sangat.  Dah, drama pun bermula.  Ai tersengguk-sengguk menangis, kemudian bukak Facebook dan tukar status.  Benci.  Benci betul dengan perasaan ini.  Ai benci Krismas.  I hate Christmas time.  Dalam sedih pilu sendu sayu tu boleh pulak anak dara ai si Gabby tu buat lawak bodoh?  Saksikan, si Manami Ichinomiya itulah nama dia kat Facebook.


Terubat kesedihan walaupun sekelumit.

Merry Christmas to all who celebrate it.  Selamat Hari Krismas ya?   :D

Jangan nakal nanti Santa tak bagi hadiah.....

Eh, rumah kat Malaysia mana ada serombong asap kan?

Masuk ikut tingkap kang kena rejam dengan abang Rela tak pun abang Jiran Tetangga.

Kesian Santa Claus.

HAHA!!
--------------------------
http://www.emocutez.com  
after you read, pleaseee!!!

  • Share:

You Might Also Like

2 ulasan