WAHAI WARGA BANDARAYA KUCHING SEKALIAN, SELAMATKAH WATERFRONT KITA???

By Mizz Coki - November 08, 2010

Dah selalu dah dengar cerita tak elok pasal Waterfront Kuching.  Dah lama dah nak menulis kat blog pasal benda ni.  Nanti, orang kata ai pembelot.  Memburukkan nama tempat sendiri.  Tapi bila teringat kisah yang terjadi minggu lepas, makin gatal pulak jari jemari ni nak menulis.

Sebagai warga Kuching adalah amat jarang sekali bagi kami sekeluarga untuk melepak dan menikmati angin petang di Waterfront.  Kenapa?  Takut?  Iye, kami takut, rasa tak selamat.  Tebingan sungai Sarawak nan indah dicemari dengan pencopet, peragut, perompak jalanan dan sebagainya.  Panggil apa-apa jelah, pokoknya korang jahat.

Tak malu ke weh, mencemar industri pelancongan di negeri sendiri dengan meragut pelancong?  Eh, pemalas-pemalas semua, baik korang amik meja plastik pastu letak ler semua produk-produk tempatan macam Kek Lapis, Gambir (ahaks!), batik Sarawak, hasil kraftangan atau apa-apa jelah.  Yang berbakat main muzik dan menyanyi tu amik gitar kapok korang nyanyilah apa-apa kat bawah pokok.  Buat silap mata jalanan.  Meriahkan suasana waterfront.   Ni tidak.  Nampak je pelancong ingat loaded sangat korang terus amik kesempatan, ragut barang-barang derang.  Bodoh.  

Banyak lagi aksi tak senonoh yang korang buat kat waterfront tu tak kira lah siang mahupun malam.  Siang pun dah tak senonoh, malam takyah cakap lagilah.


Ni salah satu contoh.  Siang-siang hari dah mabuk.  Sedarlah diri sikit adik-adik.  Tak kesian ke kat mak & ayah kat rumah?  10 tahun dulu, ai rasa bebas je nak jalan-jalan kat town tapi sekarang, duduk dalam kereta pun rasa seriau bila menengokkan bebudak belasan tahun, kencing pun belum lurus lagi orang tua kata, berjalan dalam panas terik dengan baju lengan panjang yang sendat, seluar ketat pastu rambut pacak.  Dahla kulit hitam kusam...... pakai Ray Band.  Burok lah woiii!!!!  Pastu ada awek-awek baru umur 13-14 tahun join this group.  Bayangkan bau masam ketiak korang dalam keterikan panas mentari pukul 12 tengah hari??? Adoi dik, amik cermin lah woiii....

Kisah yang jadi kat waterfront last week, betapa jahatnya korang kan, sampai abang askar sorang ni pun berani nak ragut pelancong.  Iyelah, kepimpinan melalui tauladan.  Budak-budak remaja boleh buat takkan abang rimau takleh kan???   Nak dijadikan citer kartun, yang kena ragut tu pulak anggota polis dari Jerman.  Amiklah, ayam serama dibelasah ayam belanda.  Nasib lah engko kena lipat.  Memang sial lah  nasib engkau haritu jang oiiiii.... 

Ni, dari penglihatan adik ai dan awek dia yang dinner kat waterfront bulan lepas, polis pelancong ni merayau meronda kat tempat yang terang je dik non.  Tempat gelap mana ada.  Cadangan ai lah, apa kata korang buatlah penyamaran, ramai polis-polis yang teruna dara kan suruh derang berlakon jadi couple.  Konon-konon dating kat waterfront, sambil-sambil tu umpan-umpanlah peragut ni kan, bila dah dapat sekor dua, jangan lupa buat aqiqah, PATAH-PATAHKAN LENGAN MEREKA!

Dah,... makin lama makin emo.  Benci ai taw.

Nak shi shi dulu, pundi kencing dah nak melimpah ni.

Babai.

  • Share:

You Might Also Like

3 ulasan