PENCABULAN BERAMAI-RAMAI - ENTRI SERIAU (PESAKIT JANTUNG DAN IBU MENGANDUNG DILARANG MEMBACA)

By Mizz Coki - November 03, 2010

Baru je bayar bil berukben Celcom beberapa hari yang lalu. Itupun sebab surat nak menyaman weih sedap sedap nak saman orang dah sampai. Ek eleh. Baru RM70.50 dah nak saman orang. Habis awak tu kalo we all pakai baru 2 hari , cepat cepat dah cecah 5GB pastu senang-senang nak limit kan bandwith dan buat connection jadi slow. Hampeh. Ada we all nak saman??? Terima kasih kepada Streamyx ku tapi kalau nak keluar rumah dan kerja kat ofis yang mengharamkan Facebook dan YouTube macam ofis ai tentulah kita memerlukan broadband untuk bebas berInternet. Betul tak?

Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa kontrak 18 bulan bersama Celcom jahanam akan berakhir pada bulan ini. Yes! Yes! Penderitaan ini akan berakhir. Lihatlah dunia.... lihatlah.......

Tapi, dalam dilema jugak.

Yang mana satu lebih baik. Maxis atau Digi?

Celcom, baik u all perkasakan servis broadband korang.

Selamat tinggal.



Okeh. takde yang main cabul-cabulan. Tajuk tu saja buat gempak. Lama tak update.

Haha!


  • Share:

You Might Also Like

4 ulasan