HENTIKAN PENDERAAN KANAK-KANAK, SEKARANG!!

By Mizz Coki - November 27, 2010

Penderaan kanak-kanak?  Tiba-tiba aje kan?  Selalunya meroyan pasal benda lain.  OK.  Isu ini mungkin basi bagi sesetengah orang.  Tapi tidak bagi mangsa dan keluarga mereka. (Whoa! Dah macam skrip Nurul Ain M3 pulak ek?) Ai masih ingat lagi waktu kat sekolah menengah, masa itulah kes pertama yang mendapat liputan hangat iaitu penderaan adik Balasundram yang berusia 26 bulan.  Dia didera oleh ahli keluarga sendiri.  Femes gila kes ni dulu-dulu.  Sampaikan nak SPM pun buat karangan pasal penderaan Balasundram ni.

Hoi sang pendera! Gila sangatkah korang sampai sanggup mendera anak kecil yang tak berdaya hendak melawan balik.  Paling tidak pun derang menangis dalam kesakitan.  Itu saja yang mampu derang dilakukan.

Secara statistik ye, tuan tuan dan puan puan dari bulan Januari hingga April 2009, Jabatan Kebajikan Masyarakat menerima laporan sebanyak 819 kes penderaan kanak-kanak di seluruh Negara. Yang menyedihkan, 549 kes melibatkan kanak-kanak perempuan sementara bakinya 270 kes pula kanak-kanak lelaki. Negeri yang paling banyak mencatat kes penderaan pula ialah negeri Selangor dengan 320 kes, diikuti Perak dengan 91 kes, dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan 79 kes.  Negeri-negeri yang 'maju' di Malaysia tapi perangai manusianya sangat mundur.

Banyak faktor-faktor di luar sana yang mendorong ke arah penderaan ini.  Antaranya ialah tekanan hidup.  Jadilah professional sikit, kalau boleh janganlah campur adukkan masalah peribadi dan pejabat dengan rumahtangga.  Masalah ekonomi juga turut menyumbang menjadi antara penyebab bila dah tension, dah takde duit, jadi bengang sampai anak bini kena lempang!  Ini hakikat.  Kalau dah tahu duit tu cukup makan pakai je, pegi klinik, buat appointment untuk perancang keluarga.  Tak mampu jangan beranak!

Penderaan dikategorikan dalam pelbagai jenis.

Penderaan Fizikal:
Sepak, lempang, terajang, kung fu, kabbadi, jurus balsam harimau adalah aktiviti utama.  Bayangkan, anak-anak kecil yang memerlukan kalsium (bukan setakat Calci-Yum aje, OK) untuk tulang derang membesar, korang patah-patahkan tulang mereka macam anak ayam?  Tak patut.... tak patut....

Penderaan Emosi:
Haaaa.. mak bapak, kalau anak tak dapat straight A, A lurus, A melintang, A menegak dalam UPSR, PMR, SPM, STPM, PDRM, SPRM tolong jangan maki maki, tengking tengking dan banding banding kan mereka dengan anak jiran, anak sedara, anak menantu, anak kucing yang bijak pandai dan sebagainya.  Mereka punya perasaan, hati mereka juga kecil macam badan mereka.  Beri perhatian dan ketahui masalah mereka kerana dengan ini kita dapat merasakan pergolakan emosi dalam diri mereka.  Jangan permalukan mereka di depan orang lain.  Yang ni ai dah biasa dah kena dulu dulu.   Tapi citer lama tak baik selongkar huhu.


Penderaan Seksual:
Yang ini memang paling paling menyakitkan hati.  Orang dewasa pun boleh trauma tau kalau kena dera secara seksual apa lagi anak anak kecil yang tidak berdaya ini.  Paling tak tahan kalau buka aje news anak anak kecil dirogol dan diliwat.  Penyumbangleweng, tak terdetik ke hati mendengar raungan dan pekikan tangis mereka masa korang ratah badan mereka?  Pernah tak terlintas di kepala hotak korang, bagaimana mereka meneruskan kehidupan selepas itu.

Belum lagi ye, termasuk dengan pengabaian anak anak.  Pengabaian (neglection) juga dikategorikan sebagai penderaan secara emosi.  Ramai anak-anak terbiar sekarang ini, mak ayah sibuk bekerja siang malam, lepas tu kan, anak anak yang terlantar sebab mak ayah bercerai.  Kesian mereka ini di bawah jagaan datuk dan nenek mereka.  Manakan sama kasih ayah dan ibu kan?  Mana lagi yang terpaksa berhenti sekolah kerana tiada duit untuk bersekolah, kasihan mereka, pagi pagi kawan dah pergi sekolah, mereka kena bekerja menolong orang tua mencari nafkah.  

Rasa kasihan?  Sedih?  Ingin membela nasib mereka tapi tidak berdaya?

Bersama-sama UNICEF dan Nuffnang mari kita semua mengangkat tangan, OK hands in the air, raise your hand, STOP CHILD ABUSE NOW!

unicef

Hentikan penderaan. Sayangi anak-anak anda dan juga anak-anak orang lain di sekeliling anda kerana merekalah pewaris negara kita.

tak nampak pon.

OK.  One more time 

RAISE YOUR HAND
STOP CHILD ABUSE NOW!


  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan