NAK KURANGKAN PANAS BADAN

By Mizz Coki - Oktober 14, 2010

... tapi kalau boleh buat topik Nak Kurangkan Berat Badan lagi baik kan? HaHa.

Sekarang ai dah batuk. Bukan main aritu gelak kat mak dan adik-adik yang dok uhuk uhuk. Amik ko. Weh serius. Suara pun dah parau cam fonen pencen. Fonen pun jauh lebih merdu suara dari ai. (Sekarang tengah menahan sakit perut, sapa pula yang dari tadi bertapa dalam bilik mandi. Berak batu ke? Tebal sangatke daki kau sampai mandi 15 minit??) Mau terberak dalam seluar kang.

OK. Mari kita alihkan fokus kepada pokok persoalan. Kiterang laki bini, buat macam-macam benda nak kurangkan panas badan. Crazy. Antara benda-benda yang kita orang buat kan;

1. Mandi 3-4 kali sehari. Balik kerja tu kita mandi dulu before dinner. Sebelum tidur pun kena mandi dulu, baru dapat tidor. Tu tak termasuk mandi pagi dan tengah hari di hujung minggu. Silap haribulan, kulit boleh terkoyak haha.
2. Minum teh Cina atau kat sini famous dengan nama KOKOKAM. Bukan kokrotch (cockroach) ye? +__+
3. Minum herba 'kembang semangkuk'. Tak tau? Tanya singseh. Bukan jamu singset.
4. Makan buah-buahan seperti betik, honey dew dan buah tembikai. Minum jus dia sekali sambil makan isi/buah dia lagi mustajab. ?? Ye ke?? (Whoaahh... pakai word Mustajab lagi (+_+)
5. Minum air putih berliter liter dan bergelen-gelen banyaknya. Di ofis, ai ada 3 botol - botol F&N Sarsi (1.5 liter), botol kordial Mangga (1 liter) dan botol minuman (1 liter) = 3.5 liter. Kesemua botol-botol ini diisi dengan air yang ditapis dan mesti dihabiskan dalam masa, hmmm... 9 jam. Belum termasuk di rumah lagi. Kalau di rumah tu, boleh berbotol-botol air minum kiterang habiskan.
6. Berhati-hati dengan air-cond. Yes, hawa memang sejuk, sedap, dingin. Tetapi sebenarnya air dalam badan kita habis disejat, semua kelembapan keluar, dan menjadikan badan jadi makin panas.
7. Jangan lupa ambil pil Vitamin C. Untuk perokok tegar adalah digalakkan untuk mengambil Vitamin C juga. Ai makan Bio C Plus yang dari Amway tu. Rasa pelik sikit tapi demi kesihatan ditelan jua kekdahnya.

...... tapi tetap jugak badan ku ini panas membara. OK. Status kesihatan sekarang. Batuk-batuk, kena ruam teruk kat celah peha (haha) sampai terkoyak kulit (sakit, OK?). Sumpah.

Sapa-sapa ada solution untuk krim ruam selain dari pergi klinik? Takutlah nak kangkang depan doktor ni, kecuali buat Pap Smear pun sebab terpaksa.

Ada tak?

*sakitnya....* tsk..tsk..

... ok. Bilik mandi dah clear. Ai gi mandi dulu.

Bai bai.




  • Share:

You Might Also Like

2 ulasan