MINGGU INI ADALAH YANG MELETIHKAN..

By Mizz Coki - Oktober 05, 2010

Letih lah minggu ini.  Bermula dari hujung minggu lepas ai kurang tidur dan rehat.  Rasa nak baring je kat ofis hari ini.

Bermula dari minggu lepas buat 'kerja amal' sikit, hari Senin cuti khas sebab dah kerja kuat, sakit badan, sakit tumit kaki hehe, minggu ni hari Jumaat cuti lagi sebab kiterang buat makan-makan sikit, macam makan hol untuk father ai punya 1st anniversary.  Tak terasa dah setahun dah beliau meninggalkan kami.  Ai rindu sangat kat dia.  Dalam sebulan ni, setiap hari ai ingat kat dia, ai cuba ingat balik macam mana cara dia gelak, bunyi suara dia, lawak lawak bodoh dia yang dulu menjengkelkan tapi hari ini, amat-amat kami rindui.

Ayah, damailah kau bersama Sang Pencipta.  Kasihmu tak kan pernah terbalas oleh kami. :( *rindu*

Okeh, 17hb nanti pulak, kena pergi Sri Aman, selepas setahun menunggu, adik ai yang no. 2 bongsu akan di ordain kan menjadi 'Priest'. (macam Ustaz lah gitu).  Nanti ai follow up dengan gambar-gambar bandar Sri Aman OK?




Kuda? Nasi tapau?  Budak baju merah?  Apakah kaitan?

Haaaaaaa...nanti, nanti, sabar dulu.  Ai nak siapkan keja-keja ofis dulu, nanti ai follow up this blog okeh?

Sabar ye!  Boss tengah jerit-jerit dah tu.  Bai bai.

  • Share:

You Might Also Like

4 ulasan