MELAWAT AYAH LAGI.... RINDUNYA!

By Mizz Coki - Oktober 26, 2010

Pada petang Ahad yang indah .......  kami melawat pusara beliau.


Tak terasa dah setahun beliau meninggalkan kami.  Sunyi rasanya tiap kali bila pergi rumah Mak, takde  nampak kelibat beliau di depan TV sambil ditemani secawan kopi.


Adik perempuan ai.  Sampai je kat sini semua tau kerja masing-masing.  Atur jambangan bunga, hidupkan lilin, cabut dan tebas rumput, tuang air (itu ai OK?) :D


Adik ai yang paling bongsu.  Sayang adik!  Merenung jauh.  Entah apa yang dia fikirkan.  Rindu kat ayah kut.  Dia nilah kesayangan ayah.  Sayang ayah dah takde lagi, rindu nak dengar dia membebel sebab tahun ni adik dok SPM.  Yang mat jiwang pegang bunga tu laki ai OK?  Nyung Nyung comel lah pegang bunga camtu.. <3 I loiiike!


"Ayah, jaga diri, jaga kesihatan.  Jangan minum yang manis-manis sangat.  Tipu sekali sekala boleh.  ;) Kami semua rindu kat ayah.  Lama dah tak lepak kedai Nasi Kari tu.  Sejak ayah pergi kiterang jarang dah pegi situ, sentimental sungguh kalau pegi situ tau.  Mata ayah OK tak?  Kaki OK?  Ayah tak kena gout lagi kan?  Jaga diri baik-baik ye. Pasal Mak, jangan risau.  Kakak dan adik-adik semua jaga Mak baik-baik. Rindu ayah sangat-sangat."

....  Damailah kau di sana, Amen. ......

  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan