MAKANAN PELIK TAPI TAK EKSOTIK

By Mizz Coki - Oktober 08, 2010

Pergghh...

Tajuk entri takde kaitan dengan aksi berani mati makan benda pelik-pelik ala Andrew Zimmern yang Bizarre Food itu.  Takde maknanya.  


"Haaa???  Ko nak citer ape sebenarnye Nyahh????!!!!"

OK.  Ai memang membesar sebagai anak Iban sejati.  Seringkali kena tipu dalam hidup dalam bab-bab makanan ni.  Pernah waktu masih skolah tadika, ai join the abang-abang sepupu duduk bawak pokok, pastu siap ada beer (ai tak minum beer, budak tecik lagi, hmmfftt..) dan buat BBQ.  Pastu lari-lari balik rumah dengan bangganya bagitau kat mak, "Makkk... tadi kakak makan Cicak Besar!!" -  biawak panggang OK.  Sumpah.  Ai memang tak tau masa tu.  Derang cakap cicak besar, ai pun sound lah mak ai macam tu jugak.  Ptuihhh!! KAH KAH KAH.

Lepas tu masa balik sekolah, masa tu ai masih sekolah menengah.  Perut lapar memang dah bergendang dik oi.  Balik rumah bukak kuali, Wowww.... ibuku masak kari daging, siap ada kentang besar-besar lak potongan dia.  Ai memang suka kentang.  Gila kentang.  Wuih.  Sedap giler lah kari mak ni, ai dok puji.  Mak ai lubang idong memang kembang kempis dek kerana pujian dan bodekan ai yang over itu.

Petangnya bapak ai balik keje, pegi bukak kuali sebab ada lebihan lauk kari tengah hari tadi tu kan.  Mak ai masak lebih hehe.  Boleh bapak ai pergi tanya kat mak, "Eh?  Sapa yang baik hati bagi daging tenggiling ni?"  Pastu mak ai jawab makcik ai sebelah rumah bagi.  La sudah.  2x dah ai terkena.  Bila ai dengar perkataan tenggiling tu ai terus lari pecut ke toilet pastu muntah.  Ek eleh.  Nak muntah apa lagi??  Ko makan lunch pukul dua petang, ko muntah pukul enam petang buat ape?  Dah hadam dah tenggiling tu dalam perut ai. Muakkaakka.. ibu, ko sungguh kejam pada anakmu ini.  HAHAHA.  Pastu bapak kata, tenggiling tak kotor macam biawak.  Tenggiling makan anai anai.  Peduliklah.  Pokoknya geli tekak ni tau.  Orang Iban sejati memang macho dan brutal makan benda-benda eksotik ni.  Tapi tekak ai memang tak boleh masuk.  Ampunkan saya ibu, hahaha.

OK.  Dah dah.  Cukup dengan cerita geli tekak.  Sekarang marilah kita balik ke topik asal iaitu makanan pelik yang tidak dikategorikan sebagai eksotik.  Takde peliknya wahai pembaca sekalian, cuma 'gabungan' makanan itu yang menjadikannya pelik.  Jom kita lihat.


Kerepek Bawang Cicah Aiskrim Vanilla: Jajan kegemaran seorang teman masa kat UiTM. Tak tau apa yang hebatnya. Tapi rasanya sedap jugak. 


French Fries McD cicah Mcd Sundae: Ini ramai kawan-kawan yang amalkan. Petua untuk mencantikkan kulit kut? Pernah try dan rasanya hmm boleh tahan.


Keropok bawang jenama 'Chips' dan kek buah: Ini pulak ai penah try, seronok gak makan sebab Chips tu wangi dan sedap pastu di selang-seli dengan rasa kek buah yang mewah dan manis.


Keropok Mimi dan nasi putih: Ex-roommate ai punya adik yang makan macam ni. Dia beli berbungkus-bungkus keropok Mimi ni pastu tabur dan gaul dengan nasi putih untuk lunch. Tak penah try lagi. Haha. Tak berani.


Air kopi dan nasi putih sejuk: Ini lah sarapan pagi mak ai yang tersayang. Tak tau dari mana asalnya tapi sumpah weh. Kopi dan nasi putih sejuk kosong, gabungan ini sangat enak. Anak buah ai yang umur 2 tahun tu pun mak ai dah intro kat perut dia. Aiehhh!!


Mee Maggi Asam Laksa kering dituang sos cili banjir: Resepi ciptaan ai dan kawan ai yang bernama Faridah (apa kabar ko skrg Fidah?? T___T) Masa bosan-bosan tengah malam, bila dah tensen belajar, kiterang akan rendam mi megi Asam Laksa, ingat OK, Asam Laksa. Tapi mesti ingat air mesti cukup-cukup tak boleh lebih sebab kita nak efek mi segera ni menjadi agak kering dan masam dia power. Bila dah masak, ambik sebotol sos cili dan tuanglah ikut kehendak hati dan perut anda, pastu... Voillaaaaa!!!!

So, korang ada makanan ciptaan sendiri yang pelik-pelik tak?  Ha, kalo ada kongsi kat sini.  

Eh, panjang gak entri ni.  Jap, ai nak turun bawah, lapar lah.  Mee SEDAP tengah menunggu.

  • Share:

You Might Also Like

6 ulasan