KAHWIN ATAS PILIHAN SENDIRI ATAU ORANG TUA PILIHKAN?

By Mizz Coki - Oktober 11, 2010

KAHWIN???

KAHWIN?? Bukan.... bukan ai nak kahwin. Gatal ape.

Bukannya apalah kan, sekarang dah bulan sepuluh. Semua berebut buat majlis kahwin. Biasalah hujung tahun kan musim mengawan, ahaksssss.. Bulan Oktober ni ramai yang kahwin kan? Kat ofis ni my clerk yang kahwin, Tahniah Elfyna! Pastu Dato' Dr. Sheikh Muszaphar, pelakon dan penyanyi Aqasha yang hensem tu, eh hensem ke? Haha. Macho arr. Sapa lagi ekkk.. Haa, teman blogger ai, si Gediks, congrats girl! Haaa, dah jadi bini orang korang takleh arr nak gedik-gedik lagik haha.

Berbalik kepada topik kita tadi ya pemirsa-pemirsa dirumah, amik korang, ai dah guna ayat bibik. OK. Yang dah berkahwin takpelah, takyah jawab persoalan ini tapi bagi yang belum kahwin tu korang rasa korang besok-besok kalau nak kahwin atas pilihan sendiri atau biarlah parents yang tentukan?


Nik Melati Sukma tersengih - sengih... ni anak Puan Fatimah rambut afro. Haha.

Ai dulu kan, sombong. Kalau boleh nak kahwin dengan orang yang tak related. Bukan sedara-mara sendiri. Kalau boleh nak yang dah bekerja, tanaklah bercintan cintun dan kahwin sesama student. Lepas tu kan, tak nak sebangsa. Pokoknya banyak macam lagilah ketetapan yang ditetapkan. Pedulik hapa FINAS tak lulus kan? Eeeiii sombongnye ai. Banyak pe'el. Kekwat. Haha.

Tapi jodoh dan pertemuan di tangan Tuhan. Sapa berani melawan kan?


"Trrr.. trrr..., sejuk... sejuk..mandi bunga ke mandi air batu ni."

Mandi bunga? Pernah. Mak suruh mandi bunga. Adalah kisah di sebalik mandi bunga ni, malas la nak cakap. Bukannya malu sebab andartu, umur kita muda lagilah time tu. Tapi sebab.... semua relationship kita di jalan yang salah jerk. Haha. Bukan songsang. Tapi yelah, kalo ai tak kena dump, ai pulak dump orang pastu nyaris-nyaris merampas hak orang pulak tu! Naya.. naya...

Lepas mandi bunga kan, ai bertemulah jodoh sekarang. Yang ai tanak dulu, itulah yang ai dapat. Ai tak sangka si teruna pujaan yang comel itu kan, ahaha.. rupanya saudara jauh, sama-sama student UiTM, sama bangsa dan keturunan. Amik kau.

Sebenarnya ada buruk dan baiknya pada kedua-dua pilihan. Kalau pilih sendiri, macam pilih buah jugak, ada dapat yang masam ada dapat yang manis. Telan sendiri. Kita dah mengenali hati budi masing-masing. Kalau nak kahwin dengan pilihan sendiri, pilihlah dengan berhati-hati. Kenal dulu hati budi, kenal latarbelakang keluarga dia macam mana. Mendiang father ai dulu amboi, intebiu bakal menantu macam intebiu nak masuk askar. Maklumla bekas askar. Kuang 3x.... Asal dari mana? Bapak keja apa? Masih sekolah ke dah keja? Sekolah mana? Kerja mana? Belum lagi termasuk bab-bab agama dan sebagainya. Yang best pasal father ai, dia tak pandang material. Kaya macam Bill Gates tapi perangai macam beruk pun tak guna! I lap u daddy! *wink* . Mak? Mak ikut je cakap ayah. Dia isteri mithali. Tak banyak songeh. Yang pasti pesan ayah, "kalau benih yang baik, campak ke laut pun timbul jadi pulau". Itulah pesan yang ai pegang, ai simpan sampai hari ini. Panduan besok-besok nak carik menantu. Ahaks.

Pilihan orang tua bukan semuanya tak elok. Tapi kalau tak suka, bersemuka dan cakap kat mak ayah baik-baik. Ai ada makcik sorang ni, umur tak jauh beza lah dari ai. Dia kahwin atas pilihan orang tua. Memang anak yang taat gila ni. Ingatkan bahagia tapi dia berlakon dengan my datuk sedara ni. Adoimak. Kesiannye. Tak taulah macam mana nasib dia sekarang pasal dia dok jauh kat Miri. Anyway, bak kata ai tadi, jodoh dan pertemuan itu di tangan Tuhan. Jadi korang kena jadi anak yang baik sebab pepatah ada mengatakan, Good boys are for good girls gitu, (*,)


"Oh John Johnny Johnathan... where have you been all this while..."

Kahwin lari? Jangan dik. Jangan amalkan. Buat malu ni seumur hidup menanggung aib jadi bila fikiran dah matang, baru boleh fikir nak kahwin. Ai dulu kahwin awal, umur 22 dah jadi ibu tapi bersyukur sangat-sangat kerana dapat suami yang tidak mengongkong, sangat penyabar dan penyayang dan yang penting sekali tidak mudah cemburu dan dia sangat sporting. Ai lebiu Nyung Nyung , haha.

Sebut pasal cemburu kan... ramai yang cemburu ngan Dr. Harlina malam tadi, eh? Datin Dr. Harlina Yunos, OK??? Tapi pengantin perempuan macam ada kurang sikit. Bukan kurang cantik, tapi kurang kontrol ayu. Boleh kau menyengih menyeringai kat tetamu siap lambai-lambai lagi? Takpe. Itu style dia. Frankly speaking, this is what I understand about perkahwinan orang Melayu, kalau pengantin perempuan dia sangat bersopan dan tersipu-sipu dalam keayuan, betul tak Liyana Lunia yang sedang berduka lara sekarang ini? Haha!!

Takpe dik. Besok-besok baiklah tu. Mejar Dr. Faiz kan ada? Muakakakaka.....dahla dah tu, dah dah, meh, makan nasi kerabu!



  • Share:

You Might Also Like

3 ulasan