APDET CURI CURI SEBAB BOSS TENGAH ON LINE

By Mizz Coki - Oktober 07, 2010

Ola! Lihatlah tajuk entri yang kelam kabut.  Mesti rajin apdet blog.  Nanti peminat, eh? Pembaca bosan. Ahaks.

OK.  Hari Ahad yang lalu kiterang sekeluarga buat kerja amal sikit.  Ada jualan amal tahunan yang kiterang memang konferm lah pegi tiap-tiap tahun cuma tahun ni je berbeza.  Kita sewa tempat dan jual barang lah!  Sewa tu kita bayar untuk gereja dan untung paham-paham jelah.

 Ini air minuman dan botol cinonet tu pulak Baby Bingo.  Macam-macam perasa.  Sebotol RM1.00.  Laku macam pisang goreng panas.  Budak-budak yangs suka sebenarnya.  Dahla comel, air dia sedap, sumpah!

Awek muka masam dan garang ni adik sepupu ai.  Rajin dak ni.  Untung dapat bantuan dia ni.  Rajin, tak payah disuruh.  Tau-tau dah tercongok depan meja tolong ai jual.  Oh ye kiterang jual Nasi Ayam Salad.  Murs murs aje:  RM4.00

Inilah mother ai.  Muda lagi kan? Hehe.  Jarak umo kiterang 19 tahun je taw.  Dia tengah menyibukkan diri mnyusun kekacang kuda rebus panas-panas.  RM1.00 je dalam plastik tu.  Orang berebut yaamat. Tiba-tiba boleh nasik ayam satu periuk gedabak tu habis???  Ayam banyak lagi.... Takpe.  Takpe.  Jangan panik penjaja sekalian.

Kita potong ayam tu jual RM4.00 satu bungkus.  Syukurrrrr.. laku jugak akhirnya.  Terima kasih juga untuk adik-adik yang suka dengan hasil keras tangan ahkak yang tak seberapa.  Terjual jugak key chain yang ai buat dalam tempoh 2-3 malam tu je.  


Kuda melintasi gerai menjual kacang kuda setakat jam 1 petang.  1 petang kacang kuda rebus, 5 kg habis terjual dengan jayanya.  Satu periuk besau tu!  Oh, sapa-sapa nak tonggang kuda tu kena bayor RM5.00 pada AJK.  Sian kuda tu.  Kuda pencen dek oiii..

Tak sempat nak zoom.  Kuda tu kat pipi kanan dia macam ada luka pecah sikit.  Jerawat batu gamaknya.

OK.  Cukup. Besok besok kite citer lagi.  Nanti ai buat coverage dari rumah mak.  He he he.

korang suma.  Bai.

  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan