VANAKKAM! THANGATHIRAI MODE MINGGU NI

By Mizz Coki - September 29, 2010

Ai masih terkejut babun nih. My posting order berkuatkuasa November ini, alamak.  Nampak gayanya sebulan lebih je lagi.  Kenalah kemas-kemas barang, dah banyak dah barang-barang ai kat sini.  Maklum ajelah dah 10 tahun kerja kat tempat ni.  Masih ingat masa mula-mula keja kat sini dulu, perut memboyot, sumpah!  Ai cuma sempat keja tak sampai pun 2 minggu lepas tu cuti bersalin 2 bulan lamanya.  16 Oktober tahun ni genaplah 10 tahun ai berkhidmat kat sini.  Ini posting order yang pertama dan ai tak pernah pun berkhidmat kat stesen lain melainkan di sini sahaja kaedahnya.

Apa yang ai suka kat sini, kalau takde tapau untuk lunch, boleh call McDelivery.  Tandas pun 2-3 langkah je dari bilik ai ni.  Pantry cuma sebelah aje, ada air panas segera dan air batu segera.  Ai selalu buat Nescafe O Ais ataupun bawak sendiri kordial dari rumah.  Segar kerongkong time-time panas gini. Ahaks.                                             



Nasi?  Hehe.  Lunch semalam.  Tiba-tiba terasa dating dengan Rajnikanth, eh? Bukan.  Dengan Ajith Kumar, hahahaha.... Laparlah.  Nyung Nyung pun belum makan, so kiterang pegilah dekat Ammah Curry House.  OKlah, harga pun berpatutan.  Apa yang ai makan?  Nasi putih, Kuah Dalca, Lamb curry dan sayur bendi goreng.  Air pulak, Ice Lemon Tea.  Panas weh!  Dahlah makan lauk pedas-pedas.  Suka sangat!! (+__+)

Korang makan apa tengah hari tadi?


  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan