PONTIANAK HARUM [White Musk Bodyshop] TAK JADIK SUNDAL MALAM

By Mizz Coki - September 22, 2010

Pada petang Sabtu yang lepas, ai tingin nak makan sambal tumis. Lipat lengan baju terus berjuang di dapur gas 4 tungku yang old school itu. Tumis punya tumis habis kerja basuh kuali. Petang itu sungguh sepi. Sekali sekala tercium bau hancing. Bukan anak ai buat, kucing-kucing peliharaan ai kat luar rumah tu yang buat. Masa tengah bilas kuali itu, tiba-tiba satu aroma yang harum, Persis sekali bau White Musk Body Shop! Baunya sekilas tapi meninggalkan kesan di ingatan. Ai tak rasa apa-apa time tu, sumpah sesumpah! Tapi ai musykil gak anak sapelah yang pakai minyak wangi tu harum skals uols. Haha.

Tiba-tiba sang suami ke dapur konon-konon hendak menolong tetapi sebenarnya menjadi tikus kepala hitam mencuri makanan. Comel kan? Ai tanyalah kat dia, ada tak tercium bau White Musk? Dia kata mungkin perasaan perasan ai saja waktu tu. Paling tidak, bau Axion untuk cuci pinggan tu. Bau Axion bau limau lah apeda! Dalam dok gelak-gelak kat ai yang blur boleh cik abang berhenti tiba-tiba dan tarik lengan ai sambil dia berbisik kat telinga ai, "Yang, a'ah.. bau bunga... haruuumm" Lepas tu dia siap tunjuk semua bulu kat lengan dia meremang!

Ciss! Ingatkan nak tolong tengok-tengokkan bini tapi dia sendiri lagi penakut daaa! Cepat-cepat dia ajak ai pegi ruang tamu. Sumpah wei.. dia masih macam blur sikit pastu diam terus sampai waktu makan malam.


Minyak wangi tumpah?

Adoimak. Bila dah macam tu, ai dah mula gelabah. Takkanlah mak aih. Masa ai mula-mula kawen dulu, memang ai dah pun kena orientasi yang kawasan rumah mertua ai ni adalah tanah pusaka. Ada yang mati beranak lah kat situ, orang tua mati kena rompak sampai habis gigi pelesu orang tua dikebas sekali. Kadang-kadang waktu laki ai masih bujang dulu derang suka lepak-lepak kat simpang, kat corner-corner jalan tu memang selalu kena usik. Ko bayangkanlah pukul 3 pagi dengar orang tebang kayu guna kapak kat dalam hutan. Sapa lak yang bersahabat dengan hantu ke dengan bunian ke buat lawak dinihari. Seram sejuk ai dibuatnya bila dengar citer ni.

Anyway, orang tua pesan, kalo tercium bau wangian yang pelik-pelik kowang kena cakap terbalik macam ni, "adui.. bau taik lah..." Dipercayai kalo ko tegur bau wangi tu mende tu akan mengikut kau balik ke rumah hehe...

Pesanan ai lah kan, jangan lemah semangat. Kita ada kepercayaan masing-masing. Ingat Tuhan, baca doa. Nescaya mende ni takut ngan kita sebab semangat kita kuat. Bukan semangat 46 ekkkkkk..... OK. Ai cabut dulu, nak shi shi dari tadi dok tahan.

Tata.
Jangan pandang belakang... ihihihihih.... *sound efek Cik Ponti*

  • Share:

You Might Also Like

2 ulasan