PEHAL KO NAK PINDAH?

By Mizz Coki - September 28, 2010

Mak aih....soalan??!!

Ai kena terjah tadi pagi dengan boss.  Boss ni pun satu.  Iye iye aaarjek dia pegi sign borang permohonan transfer ai lepas tu buat buat meroyan lak pi tanye kite.  Ai bukan apa, ofis baru kiterang nanti terletak jauh giler mana duit petrol lagi, duit tol lagi.  Mak di utara, bapak di selatan anak lak skolah di tenggara kut?  Tak tahan $$$$$ melayang, belum masuk maintenance kereta lagi.  Kerja laki ai bukan nya dok ofis lapan jam sehari.  Meronda ronda di jalan kekdahnya.

Sedih memang sedihlah.  Ai dah keja sini masuk saploh tahun okeh.  Dah tiba masanya ai pegi ke stesen yang kurang sikit beban kerja nya, maklumlah dah kena belasah kat sini saploh tahun kan, haruslah ai goyang kaki dan pinggul kat tempat baru.

Senorok ke jadik P.A.?  Ai rasa ai sering tebawak bawak disiplin kat tempat keja balik umah.  Ai sampai bleh hafal itinerary si Nyung Nyung tu.  Pokoknya bila orang tua kat umah nak pi klinik ai ingat, bila anak ada function kat skolah ai jugak yang tukang ingat.  Haribulan pun ai yang kadang kadang update kan untuk orang kat rumah.  

Weekend tak de keluar mana mana, walaupun di perkarangan stadium negeri penuh sesak ber Jom Heboh, ai kat rumah Jom Kecoh menjahit.  Bukan buat langsir nok.


Ni lah kit menjahit.  Jahit hapa? Tak tau.  Haha.


Jahit menatang aloh ni lah.  Cumel idak?


Hello Kitty dan Cookie Monster ni korang boleh tengok di blog "I FELT IN LUV CRAFTSTORE".  Pergghh!!!  Nama.....   nak lepak sana boleh, orang baru nak bukak kedai online jual barangan hasil dari seni tangan felt.*malu malu kucing nak canang*

Adalah satu kisah ni, ai pegi ler ke kedai kain kat MJC Batu Kawa tu.  Hmmmm.. bila ai tanya ada tak kain felt, tokey kedai tu tatau, pastu ada customer lah makcik petir sorang ni, boleh dia senyum senyum perli tengok ai macamlah ai jakun sangat.  Hiss.. walaupun rupamu tidak ku kenal tapi gigi kuneng mu tatap menjadi pojaan hatiku....  For the last time, ai hingin nak tanya kat makcik petir tu.

Eh, ko reti ke idak pasal kain felt ni??

  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan