ENTRI SORANG ISTRI MITHALI : OH LAKI AI DAH 36 TAHUN!

By Mizz Coki - September 24, 2010

Yes, entri kontrol ayu ini adalah untuk my spesel one, my husband dunia akhirat.  Ai lebiu daling.


Uols rasa ai cukup ayu ke tidak??  Muka kejung sebab baru bangun tido tengah hari.  Power nap omputih kata.  Ayu lah tu. Ahaks.

Wahai suamiku, 

Hari ini genaplah 36 tahun usiamu,
Doaku buatmu,
Teruskanlah menjadi lucu,
Teruskanlah sifat romantismu,

Ampunkan daku kalau kau malu mengaku yang ko comel sangat macam ikan julung julung.....Aku tau ko suka dipanggil 'Nyung Nyung' walaupun ko ketap dalam sentap.  
Dalam hati ko lembut,
Peribadimu sangat aku kagumi,
Kerana dari seorang minah rock chainsaw
Yang serba degil dan ganas

Kau telah menjadikan aku seorang wanita yang penyayang
Dulu aku malas di dapur, suka lepak depan TV
Sekarang akulah penghulu dapur

Geng-geng keras aku pun tak caya aku dah ladies gila macam hari ni.

Terima kasih atas panduan dan bimbinganmu.  Semoga dikau panjang umur, murah rezeki selalu dan sentiasa dilindungi Yang Maha Kuasa.

"Mencintaiiimuuuu... seumurr hidopkuuuuu... selamanya kau tetap milikkuuuuuuuuu"

dah dah sudah.  Siap nyanyi lagi.  Kain baju dah membukit menunggu untuk diliwat dilipat.


Ingat, syurga seorang isteri itu adalah di bawah telapak kaki suaminya.  Jadi kalau stokin suami mu berbau, adalah menjadi tanggungjawab kamu untuk mencucinya dengan Bio Zip kemudian dibilas dengan Downy 4x.  Mesti yang Passion yang ada bau minyak wangi tu.

Paham?

Pesanan khidmat masyarakat ini dibawakan oleh Indocafe O Kaw Ais.

(Ahh..tengok lengan laki ai, comel kan?)

  • Share:

You Might Also Like

2 ulasan