EDISI KHAS 1MALAYSIA : SIAPA KAMI? ORANG IBAN - BHG. 2

By Mizz Coki - September 25, 2010

NGAYAP.  Pernah tak korang korang semua dengar perkataan ngayap ni? Aaaaarrr.. zaman dulu-dulu inilah cara dara dan teruna kaum Iban mencari pasangan hidup.  

Bagi masyarakat Iban dahulu, usaha bagi si teruna untuk memikat si dara akan dilakukan pada malam hari melalui amalan yang dipanggil Ngayap.  Masa nilah si uda dan dara berkenalan dan meluahkan isi hati kepada pasangan masing-masing.  Yang lelaki, akan datang ke tempat tidur yang perempuan, tapi bukan tidur bersama maksudnya.  Dulu-dulu orang tidur pakai kelambu kan?  Jadi, walaupun mereka berdua-duaan berborak-borak sampai pagi, tapi ibu, ayah dan adik beradik tidur berhampiran dengan tempat mereka berborak.  Jadi tak akan terjadilah kes kes mengambil kesempatan untuk ehem ehem OK?  Ada gak kes di mana teruna terselak kelambu bakal mak mertua, hahaaahhah nahas yang oiiiii.... 

Kalau ikut adat, pertemuan ini tidak boleh melebihi tiga malam.  Selepas tiga malam mereka mesti membuat keputusan sama ada mahu hidup bersama atau tidak.  Kalau si lelaki ni cuma nak main main aje, maka pertemuan akan dihentikan.  Jika suka, si lelaki mesti kena bagi tau kat mak ayah yang dia dah ready nak menikah.  Tapi jika didapati si lelaki masih curi curi gak nak jumpa anak dara orang, tanpa membuat keputusan, maka dia berhak ditangkap dan hukuman akan ditentukan oleh Tuai Rumah ataupun Ketua Rumah Panjang.  Selalunya derang akan dinikahkan macam kena tangkap basah gitu, terus kawen free kekdahnya.  Perlu diingatkan hanya orang Iban sahaja yang dibenarkan melakukan aktiviti ngayap ini.  Orang luar adalah dilarang sama sekali kerana jika tertangkap hukuman akan ditetapkan oleh Ketua Rumah Panjang dan penduduk di rumah panjang tersebut.

Zaman sekarang takde ngayap lagi dah.  Kiterang cari pasangan hidup macam kaum lain, ada yang dapat jodoh melalui orang tua.... mak bapak aturkan.  Macam kaum kaum lain jugek.  Masa balik rumah panjang masa musim perayaan Gawai masa itulah dapat cuci mata sambil cari calon suami/isteri.  Lepas tu ramai anak anak Iban sekarang dah moden, sekolah di bandar jadi ramai jugak yang kawen campur.

Bila ai ingat balik peristiwa masa ai Tingkatan Tiga.  Kita orang tido ramai ramai kat tingkat atas yang dipanggil 'sadau'.  Sadau ni selalunya macam stor lah, tempat simpan benih padi dan lada.  Tapi masa tu rumah panjang lama kiterang, kita buat tempat tidur lah, maklumlah bila semua cucu nenek balik kampung, bilik kat bawah sempit.  Makcik kiterang suruh semua anak-anak buah tidur kat atas.  Tilam dan bantal memang dah ready.

Masalahnya sadau ni dia tak berdinding.  Jadi mudahlah orang sebelah bilik datang mengacau kiterang.  Ai kena sekali tau  Entah anak teruna mana berpakaian macam Vanilla Ice (zaman tu kan zaman rappers) tiba tiba kejutkan ai yang tengah meleleh syok diulit mimpi.  Dasar, nasib baik adik-adik I tak terbangun sekali, nasiblah ko kalo adik-adik I join marathon ngayap.  Haha.  I gosok gosok mata, alamak..... bala datang menimpa.  Makcik ai masa tu rupa rupanya tido tak jauh dari ai.  Dia nampak budak tu pegi tilam ai.  Apa lagi dihamun nya budak tu melompat balik ke bilik sebelah.  Makcik ai dah macam kena rasuk Badang dah, dia pegi amik papan lapis, ala.. plywood tu dalam beberapa keping dia buat dinding lah pulak waktu dinihari hahahhaa.... nasib baik kiterang cousin cousin semua tido nyenyak.  

Ai tetap layan budak tu syahdu je mengayat walaupun dengan mata tertutup dan ailio meleleh.... (gambar hiasan)


Pagi besoknya dia punya meradang mak ai.. makcik ai ni memang baran orang nya.  Padan muka budak tu makcik ai pegi komplen kat bilik sebelah.  Anak sedara makcik sebelah bilik rupanya. Kih kih kih...


"Malu eden, malu bonar ni mak aih... blum abih eden ngayat kono rijek weh!!"

.... Ai rindu sangat rumah panjang lama kiterang.  Sekarang rumah dah moden.  Dah bersimen, siap dalam tu ada Astro lagik.  Tapi yang buat ai jaki sangat, kat Kapit dia orang nak buat Kampung Wi Fi kat beberapa rumah panjang yang terpillih.

Gempak tak???

Ai tengah jeles ni.  Serius!


  • Share:

You Might Also Like

2 ulasan