EDISI KHAS 1 MALAYSIA: SIAPA KAMI? - ORANG IBAN

By Mizz Coki - September 23, 2010

Nama berita? (Apa khabar) maksudnya. Bukan Berita Sukan mahupun Bulletin Utama. Hehe. OK. Lepas cerita pasal bau haruman cik Ponti tu, harini ai rasa nak memperkenalkan sedikit tentang orang-orang ai. Ceh, macam gangster lak bunyi nye kan?

Orang-orang Iban ni, ye tuan-tuan dan puan-puan adalah cabang daripada bangsa Dayak di pulau Borneo. Di Malaysia, kiterang terdapat dengan banyaknya di Sarawak. Masa zaman pemerintahan British dulu, orang Iban dikenali sebagai Sea Dayak. Iyelah, sebab mereka tinggal di tepi sungai dan menggunakan sungai sebagai jalan perhubungan. Pelik bebenor mat salleh ni panggil kiterang Sea Dayak, bukan nya tinggal tepi pantai pun. Patutnye buat correction, jadi River Dayak, kalo nak best lagi, hmmm Riverside Dayak barulah kelazzz.! Zaman dulu-dulu, orang Iban suka berperang dan menakluk kampung orang. Tak percaya ekkk? Bila pergi berperang (ngayau) orang-orang Iban zaman dulu akan memenggal kepala musuh. So, dulu-dulu, mana-mana jantan yang banyak penggal kepala manusia (Kepala ayam dan kambing tak dikira ye? :p), akan menjadi rebutan gadis-gadis di rumah panjang. Lambang macho la tu.

Korang dah tengok filem 'Sleeping Dictionary' tak? Jangan tertipu dengan watak Selima tu. Mana ada pompuan Iban zaman dahulu kena tidur ngan omputih supaya omputih tu boleh belajar cakap Iban. Kalau sekarang memanglah bersepah perempuan-perempuan Iban tidur dengan omputih. Jangan salah paham. Tidur secara halal melalui ikatan perkahwinan. Saspen?? Hahah......

OK. Orang-orang Iban dulu tinggal dalam satu rumah panjang. Rumah panjang ni ada banyak bilik. Banyak gila sampai lebih dari seratus pintu. Satu rumah panjang ni macam satu kampung lah lebih kurang. Bayangkan kalau lebih dari 100 pintu, mesti lebih dari seratus keluarga. Satu keluarga kalau ada 5-6 orang bayangkan betapa ramainya komuniti. Rumah panjang tradisional diperbuat dari kayu dan tinggi-tinggi. Dibahagi kepada tiga bahagian. Bahagian luar dipanggil 'tanju'. Kat sinilah tempat jemur padi, jemur lada, jemur kain baju, jemur spentot, jemur getah pun ada jugak.

Kat dalam dipanggil 'ruai' (ruang tamu). Kat sini selalunya tempat tetamu duduk dan diraikan. Di ruai jugalah berlangsungnya majlis perkahwinan dan perayaan Gawai Dayak Lepas tu barulah 'bilik' tempat tidur, makan dan buat baby. Kah kah kah.. sila abaikan buat baby tu. Teruja korang ek? Sekarang dunia dah berubah zaman dah maju. Rumah panjang pun macam tu. Ini ai nak tunjukkan rumah panjang kiterang. Moden gitu.

Ini bahagian dalam bilik. Macam family room gitulah, ada ruang tamu, bilik tidur, dapur dan bilik mandi. Ala, macam rumah sewa dalam bangunan, a'ah macam tulah situasi dia.


Ni pulak bahagian 'ruai'. Ai sengaja amik gambar ni dari jauh. Rumah panjang kiterang ni pendek kemetot, cuma ada belasan pintu. Masa ni orang ramai tengah menikmati jamuan makan tengah hari. Ai pulak curi tulang, ambik gambar kekdahnya.

Yang ini pulak, bahagian depan. Selalunya kalau rumah tradisional Iban, ada 'tanju' atau pelantar untuk menjemur padi, lada dan pakaian. Sekarang orang tak berapa jemur padi dan lada. Tempat sidai pakaian pulak kita buat pelantar simen di bahagian belakang tingkat atas rumah ni.



Taddaaaa!!! Inilah rupa rumah panjang tradisional. Sungguh eksotik kan rupa dia? Hehe. Sekarang susah nak jumpa rumah panjang yang macam gini. Banyak rumah panjang dah convert ke rumah panjang bersimen atas sebab-sebab keselamatan.

Ok, dalam edisi khas yang lain, ai akan terangkan adat resam dalam kehidupan masyarakat kiterang la pulak. :D



  • Share:

You Might Also Like

2 ulasan