CUTI BALAS DENDAM

By Mizz Coki - September 26, 2010

Hari Jumaat ai tak keje. Penat otak.  Daripada 8 hingga 17 September ai dok sesorang kat ofis.  Takde yang gantikan assistant ai.  Ai lah P.A., ai lah P.A.P, semuanya ai lah.  OK lah stakat amik sehari.  Jadi cuti ai tinggal sembilan belas hari tu ai stok kan untuk bulan Oktober dan Krismas.  Yay.  Krismas lama lagilah oi.  Berangan.

Oh, ai dan Nyung Nyung (laki ailah tu) salu lepak port biasa kat King Centre untuk breakfast. Memang dikatakanlah, cehwah.. Hari hari nampak muka kiterang kat situ.  Waitress kat situ sampai hafal dah muka kiterang, belum sempat tarik kusi nak duduk jari derang dah tunjuk simbol dua - maksudnya dua gelas Kopi O Ais kaw kaw punya.  Jangan heran kiterang minum air sejuk masa breakfast sebab makcik Kolo Mee tu tak guna cili jeruk, dia pegi bantai cili padi sampei kembang bibir ai.  Tapi suka pedas punya pasal, kembang pun kembanglah.


Ni pulak mee Pok.  Ni versi halal.  Chicken Mushroom Mee Pok.  Nampak menyelerakan pulak dalam gambar ni.  Ada bebola api ikan, ayam cincang, telur dadar dihiris, sayur sawi, daun bawang dan taburan bawang goreng.  Ai tak suka rasa dia macam dia pakai terlalu banyak MSG.  Pulak tu ai dah baham dua ketul karipap jadi bila minum dengan Milo ais, perut jadi cepat kenyang.  Kesian mee tu.  Ai makan separuh mangkuk jek. (So derang ingat, pompuan tombam ni musti tongah diet, ekekekek..)


Hehe.  Motif lah ada cebisan kertas dan remote untuk aircond tu.  Cebisan kertas slip gaji tu,huhu.  Orang baru terima slip gaji kekdahnya.  Ok ofis ku.  Ai nak cuti-cuti dok umah jadi ibu contoh.  Bangun pagi bukak mata terus main internet dan PC games cuci baju dan buat sarapan. Lepas tu, sambung lagi update blog, bukak email prepare untuk lunch.  Hehe....

Eh, jadik bibik dok umah rupanya lebih letih dari dok ofis kan?

Kan?

Kannnn??????

  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan