BLOG CANTIK, MENARIK TAPI BILA MASUK JE TERUS HILANG SELERA - KETAHUI PUNCANYA

By Mizz Coki - September 20, 2010

Ai dah lama terlibat dalam dunia blogging ni, dari zaman tok kaduk guna Tripod ape ape pod lah dulu, sampai ke wordpress yang lama dan lepas tu bukak blog dalam bahasa Inggeris sampailah bukak blog ni.  Macam-macam karenah manusia blog yang ai dah jumpa.  Ada yang comel, jenaka, menyampah, penuh keinsafan dan macam-macam lagilah.

Tapi, yang betul-betul buat tekanan darah rendah ai melonjak ke otak ialah bila ai nak masuk aje blog yang ai suka mesti tersangkut.  Bukan sebab kaki kontot ai ni tersadung kak oi, tapi sebab-sebab seperti di bawah.

a.  Foto -  Foto memang antara penyebab dan tarikan kepada blog yang menarik hati, tapi kalau foto terlalu banyak udah tu saiz yang besar-besar boleh menyebabkan komputer jadi lagging.  Tolonglah, kecikkan saiz atau kurangkan mengUploadkan gambar-gambar ke dalam blog.  Kalau dah tau skill mengambil gambar tu setaraf dengan Saiful Nang, gunakanlah aplikasi lain atau link kan ke aplikasi lain seperti Flickr, Picasa dan sebagainya.

b.  Widget -  Nak blog tampak comel dan mungil ha pegi letak widget bermacam bagai, dah jadi Pasembor campur Rojak Buah.  Lambat lagi...... kalau boleh tolong kurang-kurangkan widget.  Widget ni macam lemak dalam badan, kalau terlalu banyak widget, blog jadi 'gemuk'.  Tu pasallah lambat nak bukak.

c.  Lagu/MP3 player -  Adoiyai... ai selalu surf internet di dalam kamar tidur.  Cisss.... bila bukak je blog yang ada lagu ni memang betul betul annoying, menyakitkan hati dan telinga. Nak nak masa tu speaker full blast.  Pernah sekali laki ai time tu tengah membuta, boleh dia melompat bila dengar lagu Seloka Hari Raya?? .  Haha. Sian cik abang.  Sapa punya kejalah tu ye?  Tolonglah, tak usah dipasang lagu lagu kat blog korang, buat lambat dan bosan jadiknya.

Dari pemerhatian ai lah kan, blog yang simple mimple selalunya top rated, highly ranked gitu.  Iyelah, dah blog tu bersopan santun of courselah ramai yang suka.

Jangan marah kalau ada yang terasa, kita masih berada dalam suasana hari raya, hehehe..... Renung renungkanlah dan selamat termenung.  :p

  • Share:

You Might Also Like

4 ulasan