ADA UBAT NGANTUK KE?

By Mizz Coki - September 30, 2010

Hehe.

Jangan tanya.  Baca tajuk sudehhh.  Ngantuk aarrr rasa nak balik time ni jugak.  Jam kat dinding baru je 3:55 p.m.

Citer pasal ngantuk ni macam-macam citer lucu.  Ai ni memang tergolong dalam golongan yang cepat ngantuk lepas lunch.  Pasal tulah kalau boleh ai tak makan nasi untuk lunch.  Biasanya ai makan mee, kentang, daging stik, roti ataupun sandwich.  Koman-koman pun ai suruh adik McDelivery tu semput sikit naik tangga masuk ofis ai hantar Spicy Chicken McDeluxe.  Hahaha!

Ok, teringat pulak alkisah ai ngantuk depan sorang Pegawai Imigresen yang datang ke ofis ai mintak sign my boss.  Haha.  Dia pot pet pot pet depan ai, boleh pulak ai tersengguk-sengguk mengantuk lepas tu mata ai tertutup terus???!!!  Boleh kah????!!!  Colleague ai pulak sedap-sedap gelak melihat reaksi orang tu tiba-tiba berhenti bercakap bila melihat ai dah separuh berdengkur depan dia.  Haha.

Citer kedua pulak, masa ai pegi toilet.  Ai ingat lagi waktu itu jam menunjukkan 2:10 petang.  Tak tau apa jadi tiba-tiba blackout. Bukan elektrik yang blackout tapi ahkakmu ini dik.... tertidur selama sejam!!!!  Terjaga dari tidur ai tiba-tiba kan, ai boleh menggelabah, "Oh aku dimanakah sekarang?????" macam tu.  Burok bebenor la ropenye ahahhahaha..  Sedap weh tido jamban.  Macam di syurga gitu.  Sib bek boss tak cari, huhuhu.

OK.  Ai nak pegi cuci mug kejap.  Nak buat kopi.  Bukan Nescafe, mahupun Kapal Api.  Tah kopi sapa ai cilok kat umah mak aritu. Huhu.


Bai.  Mak Panda nak buat kupi.  Hehe.

  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan